Oleh pada 19 Jul 2017 kategori

kalau saya di tempat mereka saya tidak akan tukar penerbangan neelofa ulas isu bertembung dengan fattzura 1

Kredit foto: topsy.one 

Sebelum ini timbul kontroversi tentang pelakon Neelofa dan Fattzura yang hampir-hampir menaiki penerbangan yang sama ke Koh Sa Mui kira-kira dua minggu lalu.

Susulan itu, ada segelintir netizen yang mengecam Neelofa kerana dikatakan cuba merosakkan percutian Fattah dan Fazura.

Enggan tindakannya disalahtafsir, Neelofa tampil memberikan penjelasan.

Menurut Neelofa, dia mengakui ada terserempak dengan Fattah di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Malah dia juga terserempak dengan bekas kekasihnya itu sebanyak dua kali iaitu ketika pendaftaran bagasi dan di ruangan menunggu sebelum penerbangan.

Namun jelasnya, dia masih bersifat profesional dan meneruskan penerbangannya seperti biasa. 

kalau saya di tempat mereka saya tidak akan tukar penerbangan neelofa ulas isu bertembung dengan fattzura 2

Kredit foto: In Trend

Saya tiba di KLIA jam 6.30 pagi dan ya, saya ada terserempak dengan Fattah dan rombongannya, tetapi ketika itu saya hanya jalankan rutin seperti biasa. Sikitpun saya tidak terfikir tentang 'drama' apa yang akan berlaku seterusnya, cuma saya terkejut apabila isu sekecil ini diperbesarkan dan menjadi viral dalam sekelip mata. Saya kesal apabila macam-macam spekulasi timbul sedangkan di pihak kami tiada apa-apa pun yang berlaku.

Sumber: Astro Gempak 

Neelofa membuat kenyataan tersebut di Majlis Pelancaran Koleksi Satin Naelofar Scarf-MAYA yang berlangsung di Hotel Royale Chulan Damansara baru-baru ini.

Tambahnya, dia kecewa kerana insiden itu menjadi isu yang cuba dibesar-besarkan oleh sesetengah pihak.

Saya sudah menempah tiket, hotel dan lain-lain pada 16 Jun dan tidak tahu-menahu tentang mereka yang juga mempunyai urusan di pulau sama apatah lagi mengganggu percutian tersebut. Tentang dakwaan melarikan diri atau menyorok sebagainya, saya tidak mahu komen banyak cuma kalau saya berada di tempat mereka, saya tidak akan menukar penerbangan.

Sumber: Astro Gempak 

kalau saya di tempat mereka saya tidak akan tukar penerbangan neelofa ulas isu bertembung dengan fattzura 3

Kredit foto: hangat.com 


tags : , , , , , , , , , , , ,




Hakcipta iluminasi.com (2017)