Oleh pada 23 Jun 2018 kategori

Kredit foto: Facebook Pergerakan Wanita UMNO Malaysia

Proses pemilihan untuk ketua Wanita, Pemuda dan Puteri dimulakan oleh Perwakilan Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO Bahagian Subang.

Pemilihan untuk ketiga-tiga sayap UMNO untuk tempoh 2018 - 2021 ini diadakan sekaligus di seluruh negara di 191 bahagian mulai pukul 11 pagi tadi dan dijangka tamat pada pukul 6 petang tadi.

Terdahulu berlangsung Mesyuarat Perwakilan Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO dengan beberapa agenda berlangsung termasuk sesi pembentangan dan perbahasan usul.

Di peringkat pusat, terdapat tiga calon Ketua Wanita UMNO, iaitu Tan Sri Dr. Siti Zaharah Sulaiman, Datuk Noraini Ahmad dan Datuk Seri Azizah Mohd Dun.

Calon bagi jawatan Ketua Pemuda pula menyaksikan seramai 9 calon seperti Wan Agyl Wan Hassan, Mohd Shahar Abdullah, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki, dan Datuk Seri Jamal Md Yunos.

Calon bagi jawatan Ketua Puteri ialah Nor Hazreena Mohamad Hashim dan Datuk Zahida Zarik Khan.

Sumber:

1. Facebook Buletin TV3

2. Facebook Berita TV9

Penafian: Semua maklumat berita di atas adalah hak milik sumber yang dinyatakan. Pihak kami hanya berkongsi sebahagian kandungan yang dikemaskini menerusi media sosial sumber berkenaan. 




Hakcipta iluminasi.com (2017)