Oleh pada 02 Apr 2020 kategori

Bilangan pesakit yang meninggal di seluruh dunia akibat daripada penyakit Covid-19 yang disebabkan oleh Coronavirus SARS-CoV-2 semakin meningkat dari hari ke hari. Di negara Sepanyol, pesakit yang mati akibat Covid-19 ini kebanyakannya adalah lelaki, yang berumur melebihi 80 tahun dan mempunyai sejarah masalah kesihatan - khususnya, berkaitan dengan jantung.

Menurut laporan dari Institut Kesihatan Carlos III (ISCIII), yang telah menganalisa 16,000 kes Coronavirus, terdapat 566 kematian yang telah berlaku. Data yang diperolehi mendedahkan bahawa walaupun penyakit ini memberi kesan lebih sedikit kepada lelaki daripada wanita (iaitu sebanyak 52%), bilangan lelaki yang meninggal akibat penyakit dalam sampel data ini hampir dua kali ganda daripada bilangan wanita, iaitu 376 orang lelaki berbanding 190 orang wanita.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Gambar hiasan : Filem Dead Man 1985 (metrograph.com)

Walaupun masih belum ada kajian klinikal yang menghuraikan faktor-faktor risiko, berdasarkan semua bukti setakat ini ia menunjukkan kadar kematian dipengaruhi oleh sejarah masalah kesihatan.

Ini dijelaskan oleh Fernando Simón, Pengarah Pusat Penyelarasan Kementerian Kesihatan bagi Isu-Isu Kesihatan Sepanyol "penyakit ini (Covid-19) lebih memberi kesan kepada beberapa kumpulan yang berisiko tertentu; orang yang mempunyai tekanan darah tinggi, orang yang mengalami masalah pernafasan dan pesakit diabetes.

Mereka semua mempunyai kadar kematian yang lebih tinggi," jelasnya. "Penyakit-penyakit ini lebih mempengaruhi lelaki daripada wanita, jadi ianya normal jika kadar kematian lebih tinggi bagi golongan lelaki.” 

Dalam kes-kes yang dianalisa oleh ISCIII, sampel yang berbeza daripada laporan terakhir daripada Kementerian Kesihatan, 74% pesakit Coronavirus yang meninggal atau yang memerlukan rawatan rapi mempunyai beberapa jenis keadaan masalah kesihatan terdahulu; 64% mempunyai penyakit Kardiovaskular, 19% mengalami masalah pernafasan , dan 16% mempunyai beberapa jenis isu lain.

Di negara-negara lain, masalah kencing manis, kanser atau imunosupresi adalah faktor utama. Laporan ini juga menggariskan faktor utama umur: hampir 90% daripada mereka yang meninggal dunia berumur lebih daripada 70 tahun (19.8% antara 70 dan 79, dan 68.9% 80 tahun ke atas).

Statistik Kematian Covid-19 : Lelaki vs Wanita

Jika dilihat pada kadar kematian mengikut jantina di Worldometers, kadar kematian bagi lelaki adalah hampir 2 kali ganda daripada wanita, iaitu sebanyak 4.7% berbanding wanita yang hanya 2.8% kadar kematian bagi kes positif Covid-19.

Data dari China juga mendedahkan jurang kematian akibat penyakit Covid-19 ini agak besar di antara dua jantina, di mana 64% adalah lelaki berbanding 36% wanita, menurut Global Health 50/50.

Manakala di Itali, 71% kematian melibatkan pesakit lelaki manakala hanya 29% daripada kes kematian adalah wanita.

8426a00041fe43839b975a76c204c84e

(AP Photo/Alessandra Tarantino)

"Kami melihat pada data yang diberikan setiap negara di mana lelaki lebih terdedah kepada kematian disebabkan Covid-19, iaitu lebih 10% hingga dua kali ganda daripada wanita," kata Profesor Sarah Hawkes, Pengarah Pusat UCL untuk Jantina dan Kesihatan Global di United Kingdom.

Di Perancis, data dari Institut Kesihatan Awam menunjukkan bahawa, dari 1 Mac hingga 22 Mac, 57% daripada kematian akibat Covid-19 adalah lelaki dengan purata usia adalah 81 tahun.

Daripada statistik Global Health 50/50 juga, setakat pada 27 Mac (bagi sesetengah negara) peratusan kematian bagi lelaki melebihi 54%, di mana peratusan kematian wanita kurang daripada 46%.

Gaya Hidup dan Tabiat Kaum Lelaki

Pilihan gaya hidup dan tabiat juga memainkan peranan, di mana lelaki berkemungkinan kurang mendapatkan bantuan perubatan di saat tanda-tanda awal penyakit atau mengikuti saranan kesihatan awam yang diberikan.

Kajian juga menunjukkan bahawa lelaki juga kurang cenderung mencuci tangan atau mencuci tangan menggunakan sabun.

Lelaki juga lebih cenderung untuk menjalani tabiat gaya hidup yang berisiko seperti minum minuman beralkohol dan merokok, di mana insiden melibatkan lelaki lebih tinggi pada penyakit paru-paru dan kardiovaskular.

smoking

Aleksandr Slyadnev / Getty Images

Biologi & Genetik

Faktor biologi juga berperanan dalam menyumbang kepada kecenderungan penyakit berlaku, contohnya hormon, terutama Estrogen, memainkan peranan dalam meningkatkan tindak balas antiviral wanita.

Struktur genetik juga merupakan faktor penting lain, dengan sejumlah besar gen yang mengawal tindak balas imun yang dikodkan pada kromosom X, di mana wanita mempunyai dua kromosom X manakala lelaki hanya mempunyai satu.

"Kami tahu bahawa sistem imunisasi wanita berfungsi secara berbeza berbanding lelaki, badan wanita merupakan tuan rumah kepada janin bayi selama sembilan bulan tanpa ia ditolak sebagai badan asing," kata profesor Hawkes.

perempuan arab saudi

Tetapi Hawkes berkata, apabila virus menyerang, jurang jantina tidak kelihatan ketara - wanita juga berisiko dijangkiti sepertimana golongan lelaki.

Walaupun masih terlalu awal untuk menentukan mengapa jurang jantina muncul, penyelidik menunjukkan beberapa faktor yang mungkin.

Kajian-kajian Lain

Mengikut kajian 2017 yang dijalankan oleh University of Iowa dan diterbitkan dalam Journal of Immunology, tikus makmal yang dijangkiti virus SARS - iaitu Coronavirus yang berkaitan secara genetik - tikus jantan lebih cenderung untuk mati, dan tikus betina yang ovarinya dikeluarkan juga lebih cenderung untuk mati, di mana Estrogen dianggap sebagai mekanisme penebat.

Dr. Summer McGee, Dekan Sekolah Sains Kesihatan di Universiti New Haven, bersetuju bahawa, walaupun masih belum terbukti, Estrogen berfungsi sebagai perlindungan daripada Coronavirus.

"Ia mungkin menjangkau setahun atau lebih untuk kita memahami genetik dan tabiat kita melindungi atau mendedahkan kita kepada risiko yang lebih besar penyakit COVID-19," tambah McGee. "Selain daripada ‘sosial distancing’, kita tahu ianya berhasil."

1 kzhy rknd0bx1obwrplmsq

avivasadijitalgaraj.com

Teori ini disokong oleh María del Mar Tomás, jurucakap Persatuan Penyakit Berjangkit dan Mikrobiologi Klinikal (SEIMC) Sepanyol, yang menerangkan bahawa faktor genetik yang belum kita pastikan juga dapat memainkan peranan.

Hujah yang sama disokong oleh Germán Peces-Barba, Naib Presiden Pneumology dan Persatuan Pembedahan Thoracic Sepanyol (SEPAR). "Kadar kematian adalah berkaitan dengan usia dan komorbiditi, dan di Sepanyol lelaki tua lebih banyak mempunyai masalah kesihatan," jelasnya.

Sesetengah penyelidik juga menunjuk bahawa perbezaan hormon dan sistem imun boleh memainkan peranan dalam tindak balas badan terhadap Coronavirus, tetapi ini adalah spekulasi yang belum terbukti buat masa ini.

Secara kesimpulannya, risiko kematian akibat Covid-19 adalah lebih tinggi pada pesakit positif yang mempunyai masalah kesihatan seperti sakit jantung, darah tinggi, diabetes, kardiovaskular dan masalah pernafasan.

Di Malaysia juga, kira-kira 70% dari kes kematian melibatkan lelaki. Walaupun pada amnya, ia belum dibuktikan secara saintifik bahawa jantina memainkan peranan utama, tetapi kita sebagai rakyat Malaysia harus berwaspada dan menjaga 'social distance' kita terutama yang mempunyai ibu bapa yang mempunya sejarah penyakit seperti yang disebut di atas.

Tanggungjawab kita sebagai anak adalah menjaga mereka tatkala berlakunya musibah sebegini. Jika perlu, halang atau nasihati mereka (ibu bapa) terutamanya bapa untuk duduk di rumah jika mereka ingin keluar (tanpa tujuan penting) sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan dijalankan, lakukanlah tanggungjawab kita sebagai anak.

Kredit :

1. Who is more likely to die

2. Coronavirus killing twice as many men as women

3. Why do more men die

4. Coronavirus Spain

5. KKM




Hakcipta iluminasi.com (2017)