Pasti kebanyakan daripada anda yang membaca artikel ini sering mendengar bahawa sesetengah lelaki walaupun sudah mencapai tahap dewasa, namun terus berkelakukan seperti kanak-kanak.

Sesetengah juga percaya bahawa apabila melibatkan hubungan berpasangan, wanita adalah pihak yang mempunyai kematangan yang lebih berbanding lelaki. 

Jadi para saintis memutuskan untuk mengesahkan sama ada kepercayaan yang sangat meluas adalah benar atau tidak.

iluminasi.com ingin berkongsi sebuah kajian dengan para pembaca yang berusaha untuk menyiasat ciri kematangan di kalangan lelaki dewasa dan membandingkannya dengan wanita.

Satu kajian yang dijalankan oleh University of Oxford menjelaskan bahawa kematangan otak manusia dibezakan oleh pembangunan ciri-ciri rangkaian fungsi dan struktur berterusan yang berlanjutan sehingga ke alam dewasa.

Penyelidikan ini mempunyai objektif untuk mengenalpasti ciri-ciri mana yang berubah semasa proses pematangan dan yang mana kekal sama.

lelaki matang lebih lewat berbanding manusia menurut kajian sains

Para saintis mengkaji otak 121 peserta berusia di antara 4 dan 40 tahun melalui pengimejan otak. Mereka juga mengesan perubahan dalam fungsi yang berbeza sambil mengambil kira usia dan jantina peserta.

Keputusan eksperimen ini mendedahkan bahawa walaupun otak kedua-dua lelaki dan wanita akhirnya berkembang kepada tahap keupayaan yang sama untuk beroperasi dalam kehidupan seharian, lelaki sering menunjukkan kelewatan dalam perkembangan rangkaian fungsi yang berpanjangan berbanding wanita.

Walau bagaimanapun, wanita menunjukkan kemerosotan lebih awal terhadap rangkaian fungsi ini. Inilah sebabnya lelaki dikatakan matang lebih lewat dalam kehidupan berbanding wanita. 

Selain daripada laporan ini, terdapat lebih banyak data yang mengesahkan tentang kecekapan otak wanita lebih tinggi.

otak wanita lebih cekap berbanding otak lelaki

Eduardo Calixto, seorang profesor fisiologi dan farmakologi di Fakulti Perubatan di University of Namibia (UNAM), menjelaskan dalam sebuah penerbitan terbaru bahawa walaupun otak lelaki lebih besar daripada wanita, tetapi otak wanita mempunyai kecekapan yang lebih tinggi.

Sebagai contoh, otak wanita mempunyai keupayaan ingatan yang lebih baik, lebih banyak sambungan saraf dan persepsi terperinci tentang warna dan rasa.

Eduardo berkata bahawa semua ini mempunyai kaitan dengan hormon.

Disebabkan oleh perkembangan sains, kini kita boleh mengatakan dengan yakin bahawa otak lelaki dan lelaki berfungsi secara berbeza, yang menerangkan variasi dalam tingkah laku dan tahap kematangan emosi.

Rujukan:

1. Academic

2. Jornada

3. Oxford




Hakcipta iluminasi.com (2017)