Mengikut Dewan Bahasa dan Pustaka, perkataan "bahasa"membawa maksud " sistem lambang bunyi suara yang digunakan sbg alat perhubungan dlm sesuatu kelompok manusia utk melahirkan perasaan dan fikiran". 

Di Malaysia misalnya, Bahasa Melayu merupakan bahasa kebangsaan. Walau bagaimanapun, terdapat banyak lagi bahasa seperti Tamil, Mandarin, Inggeris dan lain-lain lagi yang bebas di amalkan. Masyarakat orang asli juga mempunyai bahasa mereka sendiri yang sangat unik.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Kemajuan dan perubahan gaya hidup menyaksikan banyak golongan muda mula berhijrah keluar daripada kampung halaman ke kawasan bandar untuk mencari hidup baru. Akibatnya, golongan muda ini semakin kurang berbicara menggunakan bahasa ibunda mereka dan lama-kelamaan penutur sesuatu bahasa itu semakin berkurangan dan berkemungkinan pupus satu masa nanti.

bahasa dunia 774 200

Terdapat ribuan jenis bahasa yang terdapat di seluruh dunia. Walau bagaimanapun, sebahagian besar daripada bahasa yang wujud suatu ketika dahulu sudahpun dianggap pupus apabila tiada lagi manusia menggunakannya. Boleh baca artikel 5 Bahasa Penting Yang Pupus Ditelan Zaman untuk mengetahui antara bahasa-bahasa yang sudahpun diisytiharkan pupus di muka bumi ini.

Lalu, bagaimanakah kita memelihara bahasa-bahasa ini daripada terus pupus? Maka, lahirlah Projek Rosetta, suatu usaha untuk memelihara bahasa-bahasa yang terdapat di muka bumi ini.

Kelahiran Projek Rosetta

data rosetta disk 188

Projek Rosetta adalah satu usaha kolaborasi secara global bersama pakar-pakar bahasa dan penutur asli sesuatu bahasa untuk mewujudkan satu salinan atau simpanan kesemua bahasa yang wujud di bumi ini. Buat masa ini, projek ini sudah menyimpan rekod sebanyak kira-kira 1500 bahasa.

Jumlah ini masih dianggap terlalu sedikit berbanding anggaran 7000 jenis bahasa yang ada di dunia dimana hampir separuh daripadanya mempunyai risiko untuk pupus dan lenyap daripada muka bumi dalam masa beberapa ratus tahun lagi.

Kebanyakan bahasa yang diancam kepupusan ini hanya mempunyai ribuan penutur tetapi tidak mempunyai sebarang dokumentasi. Hampir 500 bahasa mempunyai kurang daripada 10 orang penutur dan dijangka akan lenyap selamanya tidak lama lagi.

Projek ini kini diuruskan oleh sebuah organisasi bernama Long Now Foundation.  Projek ini telah mewujudkan arkib bahasa yang luas ini melalui sumber terbuka, proses semakan terbuka yang mirip dengan strategi yang digunakan untuk mencipta kamus Oxford English yang asli.

Sementara itu, nama "Rosetta" ini diambil sempena Batu Rosetta (Rosetta Stone), sebuah batu bersurat yang mengandungi tulis daripada bahasa kuno Mesir dan Greek.

Ilham daripada "Batu Rosetta"

batu rosetta 84

Batu Rosetta asal yang dicipta pada tahun 196 SM mempunyai teks asas yang ditulis dalam 3 skrip berbeza. Dengan menggunakan semula bahasa dan skrip yang disimpan ini, ianya telah banyak membantu para sejarawan menguraikan penulisan hieroglif Mesir kuno seterusnya menyelongkar lebih banyak rahsia mengenai tamadun kuno.

Maka, kesinambungan Batu Rosetta ini diteruskan pula dengan Projek Rosetta ini yang bertujuan untuk mencipta versi moden Batu Rosetta. Buat permulaan, Projek ini akan menyalin semula kesemua teks dan perbendaharaan kata kira-kira 1500 bahasa yang sudah direkodkan.

Penciptaan "Rosetta Disk" Untuk Menyimpan Data

rosetta disk 950

Bagi tujuan ini, satu pototaip berbentuk cakera padat telah dicipta dan diberi nama "Rosetta Disk". Ianya mempunyai diameter berukuran 3 inci dengan hampir 14,000 muka surat maklumat mikroskopik terukir ke permukaannya. Teks ini bermula pada skala yang boleh dibaca oleh mata dan semakin mengecil sehingga terlalu kecil untuk dibaca.

Untuk membaca tulisan yang kecil ini, kanta pembesar yang mampu membesarkan tulisan sehingga 500 kali perlu digunakan. Sementara itu, satu lagi bahagian lain cakera ini mengandungi data yang sebenarnya dipelihara.

Cakera ini berbentuk bulat diperbuat daripada keluli tahan karat dan diselaputi oleh gelas yang membolehkan pendedahan cakera ke atmosfera tetapi pada masa yang sama melindunginya daripada sebarang calar dan kerosakan. Dengan penjagaan yang minima, cakera ini mampu bertahan ribuan tahun lamanya.

Long Now Foundation, organisasi yang menguruskan projek ini juga telah menghasilkan Rosetta Disk dalam skala yang lebih kecil dan sesuai dijadikan loket tetapi mengandungi maklumat yang sama dengan saiz asalnya. Ianya dihasilkan dalam jumlah yang sangat terhad dan orang ramai yang berminat untuk mendapatnya boleh membuang sumbangan sebanyak $1000 atau lebih kepada organisasi tersebut.

Kredit:

  1. Wikipedia
  2. Rosetta Project
  3. Fast Company



Hakcipta iluminasi.com (2017)