bahasa yang telah pupus dan lenyap di dunia

Bahasa adalah ciptaan manusia dan oleh itu, ia mempunyai jangka hayat tertentu. Bahasa yang kita gunakan iaitu Bahasa Melayu adalah bahasa utama keluarga Austronesia yang dituturkan di Malaysia, Brunei, Indonesia dan Singapura.

Satu bentuk bahasa yang dikenali sebagai Proto-Melayu telah mula dituturkan di Borneo sekurang-kurangnya pada tahun 1000 SM dan menjadi perdebatan sebagai bahasa nenek moyang semua bahasa Malaya yang berikutnya.

Nenek moyang bahasa ini iaitu Proto-Malayo-Polynesian, dari keturunan bahasa Proto-Austronesian, mula terpecah dari sekurang-kurangnya menjelang tahun 2000 SM.

proto malayo polynesian

Ia mungkin akibat daripada pengembangan bangsa Austronesia ke Maritim Asia Tenggara dari pulau Taiwan. 

Namun, beberapa bahasa yang telah mati atau lenyap dari muka Bumi berjaya berkembang menjadi bahasa lain dan hidup di dalam bahasa baru.

Manakala yang lainnya hilang tanpa jejak membuatkan kita tidak tahu bagaimana ia dipertuturkan satu ketika dahulu. iluminasi.com kongsikan 5 bahasa yang telah lenyap ditelan zaman.

5. Proto-Indo-Eropah

proto indo european

Bahasa Inggeris, Rusia, Farsi, Bengali, Albania, dan Kurdish merupakan antara bahasa yang mempunyai asal-usul dari bahasa Proto-Indo-Eropah (PIE), yang telah dibina semula dengan mengesan sejarah keturunannya.

Ia membantu kerana keturunan-keturunan ini terdiri daripada keluarga linguistik yang paling produktif di dunia.

Satu-satunya masalah adalah PIE sangat kuno sehingga ia mendahului penulisan iaitu wujud sebelum wujudnya tulisan dan sehingga kini masih terdapat 3 jenis bunyi yang tidak diketahui cara untuk menyebutnya.

Ini adalah bunyi yang tidak terdapat dalam kebanyakan bahasa Indo-Eropah yang lain, oleh itu hipotesis yang paling diterima menyamakan dengan sebutan-sebutan tertentu yang terdapat dalam bahasa Arab.

Walaupun dilanda kontroversi, PIE kekal sebagai satu bahasa yang  berpengaruh yang merupakan warisan umum bagi semua yang bercakap bahasa Indo-Eropah moden.

4. Harappan

harappan

Ketika zaman kegemilangannya, bahasa peradaban Lembah Indus di Timur Tengah moden dianggarkan telah digunakan oleh lebih dari lima juta orang.

Masyarakat moden yang menghairankan ini, yang mempunyai sistem kerja paip dan pembetungan yang berfungsi dan ekonomi yang kompleks telah bertahan dari kira-kira tahun 3300 hingga 1300 Sebelum Masihi.

Bahasa ini serta tamadun Lembah Indus telah memasuki tempoh kemerosotan kebudayaan yang masih tidak dapat dijelaskan, meninggalkan skripnya tidak diiktiraf dengan tiada keturunan yang diketahui.

Kaitan dengan keluarga bahasa Indo-Eropah dan Dravidian masih menjadi kontroversi terutama untuk alasan politik.

Nasionalis Hindu adalah penyokong kuat hipotesis Indo-Eropah, sedangkan kaum nasionalis Tamil menyokong hipotesis Dravidic, kerana bahasa Tamil adalah bahasa Dravidic.

3. Meroitic

meroitic

Meroit, juga dikenali sebagai Kushitic, adalah bahasa tamadun Nubia lama di Kush iaitu Sudan moden.

Ia diketahui melalui sumber-sumber Mesir dan jelas dipengaruhi oleh budaya Mesir, tetapi orang Kushi mengembangkan skrip mereka sendiri yang berbeza dari hieroglif atau Demotic.

Meskipun skrip itu ditafsirkan pada tahun 1911, namun ia kelihatan mustahil untuk diterjemahkan. Percubaan untuk menghubungkannya dengan bahasa Sudan moden terutama dari keluarga Afro-Asiatik dan Nilo-Saharan telah menemui jalan buntu.

2. Dacia

dacia

Tanah Dacia, yang hampir sama dengan Romania zaman moden, adalah benteng kebudayaan pahlawan yang ditakluk oleh orang Rom selama pemerintahan Maharaja Trajan pada abad pertama.

Meskipun orang Rom tidak menghapuskan bahasa Dacia, namun penduduk Dacia dan Moesia menggunapakai bahasa Latin.

Walaupun beberapa nama tempat dan perkataan Romania berasal dari bahasa Dacian, akan tetapi bahasa itu telah lenyap pada abad keenam atau ketujuh.

Orang Dacia bertutur dalam beberapa bahasa Indo-Eropah tetapi kebanyakannya telah lenyapp. Ia amat sukar untuk dibina semula kerana hanya terdapat satu inskripsi bertulis sahaja yang terselamat.

Percubaan telah dilakukan untuk mengaitkan bahasa Dacian dengan bahasa Thracia atau Phrygia, bahkan kepada bahasa Albania zaman sekarang.

Namun, adalah jelas bahawa bahasa Albania adalah keturunan Illyrian, menjadikan bahasa Dacia sebagai cabang yang mati daripada kalangan bahasa Indo-Eropah.

1. Hunnic

hunnic

Anda akan berfikir bahawa dengan membakar sebahagian besar Eropah dan sebilangan besar Asia, menjatuhkan Empayar Rom dan memperoleh gelaran "hukuman Tuhan" cukup untuk membuatkan orang berminat untuk memahami bahasa anda.

Malangnya, orang Hun langsung tidak peduli untuk menterjemahkan bahasa mereka kepada penulisan. Orang Hun adalah orang nomad yang tinggal di Asia Tengah, Caucasus, dan Eropah Timur di antara abad ke-4 dan abad ke-6.

Hanya beberapa perkataan sahaja yang masih bertahan setelah dikumpulkan oleh para cendekiawan Rom.

Oleh itu, terdapat perdebatan yang berterusan mengenai bagaimana untuk membina semula bahasa yang digunakan oleh Huns.

Hipotesis-hipotesis lazim yang dibuat telah mengaitkan kaum Hun dengan nomad Xiongnu yang merupakan negara jiran utara Han Cina.

Seperti kaum Hun, Xiongnu mungkin buta huruf dan semua yang kita tahu tentang mereka telah direkodkan oleh jiran-jiran mereka yang mana sangat takutkan mereka.

Ia masih boleh dibahaskan sama ada Hunnic adalah bahasa Turkik, Altaic, Indo-Eropah, atau juga bahasa yang terpencil, walaupun pendapat popular di kalangan orang Hungary adalah mereka mempunyai kaitan dengan Hun.

bahasa yang sudah lenyap

Itulah 5 bahasa yang telah lenyap di dunia. Sekian.



Hakcipta iluminasi.com (2017)