Oleh pada 02 Feb 2017 kategori

Petaling Jaya - Rumah Jamal Yunos yang terletak di Ampang telah diserbu oleh pihak polis tengah hari tadi. Jamal sebelum telah membuat temujanji sidang media di hadapan balai polis Ampang berkaitan isu 12 (dua belas) orang pengikutnya yang ditahan sebelum ini berkaitan dengan kes perjudian haram.

"Saya pun tak tahu kenapa secara tiba-tiba pihak polis datang serbu rumah saya sedangkan saya telah berjanji dengan mereka yang saya akan berada di balai polis Ampang pada pukul 3 petang." Kata Jamal Yunos. Dikhuatiri pihak polis 'segan' ataupun mereka tidak mahu saya bercakap di hadapan media petang ini.

rumah dato jamal yunos kena serbu polis ampang

Beliau menegaskan bahawa beliau akan sentiasa memberikan kerjasama dalam hal penangkapan pengikutnya itu untuk memberikan keterangan dalam membantu siasatan pihak polis.

jamal yunos rambut dye punk gangster

Durrany Izam (Setiausaha Jamal Yunos) memaklumkan kepada pihak media bahawa Jamal masih belum ditangkap. Pihak polis masih berada di hadapan rumah Jamal dan mungkin Jamal masih berada di dalam rumah sehingga kini. "Saya juga mungkin akan ditangkap kemudian untuk memberikan keterangan" Katanya lagi.




Hakcipta iluminasi.com (2017)