Pada Ogos 2016, seorang remaja perempuan telah meloloskan diri dari sebuah pusat tahanan di Sydney, Australia.

remaja lari dari lokap ingin gambar mugshot lebih cantik selfie 2

Amy Sharp, 18, ditangkap atas jenayah ke atas harta benda dan telah dihantar ke Pusat Pemulihan Surry Hills. Dia kemudian berjaya melepaskan diri dan menjadi buruan polis.

Sebuah agensi media, 7 News Sydney, telah mengemas kini laman Facebook mereka dengan laporan kehilangan Amy berserta dua syot wajahnya.

remaja lari dari lokap ingin gambar mugshot lebih cantik selfie 3

Tidak lama selepas itu, Amy tiba-tiba memunculkan diri di post tersebut dan membalas komen agensi berita itu. Apa yang mengejutkan, Amy membuat permintaan agar syot wajah itu ditukar kepada gambar yang lebih menarik.

"Bolehkah anda gunakan gambar ini, terima kasih."

remaja lari dari lokap ingin gambar mugshot lebih cantik selfie

Amy dengan selamba telah melampirkan gambarnya tersenyum manis selain menggunakan emoji 'malaikat' dalam komennya.

Langkah yang tidak berapa cerdik kan?

Permintaan Amy tidak diendahkan oleh 7 News Sydney kerana mereka tetap menggunakan syot wajah yang sama dalam post selanjutnya.

Namun, Amy bukanlah pelarian pertama yang tidak menggemari syot wajahnya.

donald chip pugh penjenayah selfie tak suka syot wajah

Beberapa bulan sebelum itu di Amerika Syarikat, seorang lelaki telah menghantar sekeping selfie segak bergaya kepada pihak polis dengan mesej "Gambar yang ini lebih baik. Yang tadi itu sangat teruk."

Walau bagaimanapun, Jabatan Polis Lima di Ohio bersikap lebih terbuka kerana berkongsi gambar yang dihantar oleh Donald "Chip" Pugh di laman Facebook jabatan itu.

pugh ohio selfie swafoto penjenayah tak suka syot wajah

Kedua-dua Amy dan Donald berjaya diberkas semula tidak lama selepas mereka berkongsi gambar filtered dan instagram-worthy mereka itu.

Harap trend ini tidak menjadi ikutan penjenayah di Malaysia pula.

Terbukti ramai sangat manusia palsu dalam dunia hari ini. Gambar semua nak bajet aje.

Rujukan:

1. Independent UK

2. CNN


tags : , , , , , , , , , , , , , , , , , ,




Hakcipta iluminasi.com (2017)