Kredit foto: Kosmo Online

Pernikahan Datuk Jamal Abdillah, 59, dan isteri barunya, Zai Izzati Khiruddin, 24, sememangnya bukan lagi rahsia, namun baru hanya dua hari lalu penyanyi yang mendapat jolokan Raja Pop itu bermurah hati 'menayangkan' isterinya kepada khalayak.

Jamal dan Zai Izzati yang berasal dari Kulim, Kedah ini bernikah dalam majlis yang berlangsung di Ipoh, Perak pada 1 April, tahun lalu.

Ketika sidang media persembahannya sempena Minggu Setiausaha bersama penyanyi Dayang Nurfaizah, Jamal antara lain memberitahu perkenalan dia dan isteri hanya mengambil masa dua bulan sahaja sebelum mereka nekad mendirikan rumah tangga.

“Urusan kahwin saya dan isteri dipermudahkan dan saya anggap ia sebagai anugerah dari Allah SWT pada saya.

“Saya dikurniakan isteri pada usia begini membuatkan saya amat menghargainya dan akan menjaganya sebaik yang mungkin meskipun jarak usia kami terlalu jauh,” katanya menurut laporan portal Sinar Harian.

Dalam pada itu, Jamal mengakui keperibadian wanita itu yang lembut menjadi tarikan utama mengapa dia memperisterikannya.

Untuk info, penyanyi lagenda ini sudah berumah tangga sebanyak empat kali, sebelum ini bergelar suami kepada Basariah Abdul Latiff, Noraina Mohd Yusof dan Fatimatuzahrah Samad.

Keseluruhannya, Jamal mempunyai dua orang zuriat iaitu Osama Yamani, 17, daripada perkahwinan kedua dan Ahmad Zaki Yamani, 11, daripada perkahwinan ketiga.




Hakcipta iluminasi.com (2017)