Oleh pada 16 Sep 2017 kategori

Ramai orang nak jeriji atau grill rumah cantik serta mengikut rekaan rumah. Dengan kos yang agak tinggi menurut bilangan dan saiz yang diperlukan, kebanyakan pemilik rumah memilih untuk lebih mementingkan rupa jeriji berbanding fungsi sebenar jeriji - iaitu pagar mudah buka di antara pintu/tingkap dan bahagian dalaman rumah.

Tahukah anda, pihak bomba sebenarnya tidak menggalakkan pemasangan jeriji kekal pada rumah kediaman kerana kebanyakan jeriji menghalang penghuni menyelamatkan diri ketika kecemasan. Majoriti kes kematian berlaku sebenarnya berpunca daripada jerisi besi kekal yang tidak boleh dibuka. Selain itu, keperluan untuk memotong jeriji juga menjadi satu perkara rumit yang perlu dilakukan untuk menyelamatkan mangsa.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Adakah jeriji rumah kediaman atau premis anda mengikut spesifikasi Jabatan Bomba?

1. Adakah anda memasang jeriji besi?

spesifikasi jeriji grill bomba sebenar tiada jalan keluar

Saranan utama pihak Bomba sebenarnya adalah semua rumah kediaman TIDAK DIPASANG jeriji besi. Namun jika ada keperluan, contohnya pemilik merasakan keperluan untuk menghalang kecurian misalnya, pemilik boleh memasang jeriji besi.

2. Adakah jeriji besi anda boleh dibuka dari dalam?

spec bomba pasang grill rumah

Jika jawapan kepada soalan ini adalah tidak, jadi besar kemungkinan spesifikasi anda tidak mengikut saranan pihak Bomba. Untuk rumah kediaman 3 tingkat dan ke bawah, pihak Bomba sebenarnya menyarankan agar pemilik memasang jeriji boleh buka, bukan dari jenis tetap bagi sekurang-kurangnya untuk setiap satu bahagian di dalam rumah.

3. Apa syarat yang dikeluarkan pihak Bomba?

spesifikasi jeriji grill bomba sebenar bahaya

Jika perlu, pemasangan jeriji mestilah mempunyai kaedah buka yang mudah dari bahagian dalam premis ketika kecemasan. Jika terdapat keperluan kunci, pembukaannya mesti mudah untuk semua golongan termasuklah kanak-kanak.

4. Di mana jeriji sesuai dipasang?

spesifikasi jeriji grill bomba sebenar tingkap berbunga

Pemasangan jeriji mudah buka di kediaman perlulah dilakukan di mana-mana premis 2 atau 3 tingkat. Lokasi jeriji itu pula bergantunglah kepada budi bicara pemilik dalam merancang lokasi yang sesuai jika kurang bajet tetapi disarankan untuk meletakkan jeriji jenis mudah buka ini di semua lokasi jeriji.

Bagi kediaman lebih 3 tingkat, pasanglah jeriji mudah buka ini yang menghala ke laluan selamat seperti anjung bilik, laluan koridor atau ke anjung kediaman jiran.

5. Apakah jenis jeriji yang disarankan oleh pihak bomba?

Berikut adalah illustrasi pihak bomba untuk menerangkan jenis-jenis jeriji yang sesuai dipasang serta mudah dibuka bagi menyelamatkan nyawa semasa kebakaran.

Jenis tingkap mudah buka A

spesifikasi jeriji grill bomba sebenar yang lebih baik

Jenis tingkap mudah buka B

spesifikasi jeriji grill bomba sebenar boleh dibuka

Jenis tingkap mudah buka C

spesifikasi jeriji grill bomba cadangan

Jenis tingkap mudah buka D

spesifikasi jeriji grill bomba yang sepatutnya

Jenis tingkap mudah buka E

spesifikasi jeriji grill bomba sebenar gambarajah

Jenis tingkap mudah buka louvres beserta steel bars

rujukan spesifikasi jeriji grill bomba sebenar

Jenis tingkap mudah buka F

spesifikasi jeriji grill bomba sebenar contoh

Jelas tak apa yang diperlukan sekarang? Adakah jeriji besi rumah anda mematuhi spesifikasi pihak Bomba atau anda lebih mengutamakan rupa kosmetik semasa merancang pemasangan jeriji?

Kita tidak mahu insiden berlaku hanya kerana kecuaian kita dalam pemasangan jeriji sehingga mengakibatkan terkorbannya orang yang tersayang, jadi jika anda sedang merancang pemasangan jeriji di rumah, ini adalah spesifikasi yang Jabatan Bomba sarankan anda ikut, untuk meningkatkan peluang menyelamatkan diri ketika kecemasan.

Marilah kita sama-sama berusaha mengubah budaya pemasangan jeriji yang selamat dan menyenangkan kita di Malaysia.

Rujukan




Hakcipta iluminasi.com (2017)