Oleh pada 26 May 2017 kategori

Kredit foto: elleuk.com

Menerusi laporan E! Online, penyanyi antarabangsa The Weeknd dikhabarkan telah membeli sebuah kediaman mewah di California yang bernilai sehingga RM855 Juta.

Lebih menarik lagi, penyanyi itu dikatakan bakal menjemput kekasihnya, Selena Gomez untuk tinggal bersama.

"The Weeknd tanpa berlengah mengambil keputusan untuk membeli kediaman tersebut kerana dia tahu rumah itu adalah pelaburan yang baik. Dia juga ingin menikmati keselesaan di sana, termasuk bakal menjemput Selena Gomez untuk tinggal bersama. Malah, dia sudah tidak sabar untuk berpindah kerana begitu berpuas hati dengan keadaan rumah tersebut," ulas sumber.

Kediaman itu mempunyai 9 buah bilik, 11 bilik air dan juga kelengkapan lain, antaranya kolam renang dan gelanggang tenis.

The Weeknd digosip bercinta dengan Selena sejak awal tahun ini apabila mereka tanpa segan silu membiarkan aksi kemesraan mereka di kawasan awam dirakam oleh paparazzi. 




Hakcipta iluminasi.com (2017)