Dikatakan sebagai lokasi paling sukar untuk dikunjungi di bumi, Point Nemo yang membawa maksud 'tiasa sesiapa' merupakan satu lokasi di Lautan Pasifik yang berada paling jauh daripada mana-mana kawasan bertanah. Point Nemo juga adalah lokasi yang dikenali sebagai 'oceanic pole of inaccessibility.'

Digelarkan Point Nemo sempena nama watak Captain Nemo dalam kisah 'Twenty Thousand Leagues Under the Sea' bagi memudahkan sebutan, Point Nemo menjadi pilihan negara-negara pengelola penjelajahan angkasa, menjadi tempat terakhir semua peralatan, kapal atau stesen angkasa 'disemadikan.'

BESARKAN TEKS     A-  A+

Oleh kerana itu Point Nemo juga kerap kali disebut sebagai 'kubur kapal angkasa.'

SEJARAH POINT NEMO

stesen angkasa mir

Dijumpai secara tepat pada tahun 1992 oleh seorang jurutera bernama Hrvoje Lukatela melalui pengiraan komputer, Point Nemo mempunyai jarak 2700 km dari daratan terdekatnya. Jika hendak dilakukan perbandingan, manusia yang berada dalam International Space Station (ISS) mampu berada lebih dekat dengan Point Nemo sendiri, berbanding manusia di bumi, dengan jarak ISS ke Point Nemo pada waktu tertentu adalah 416 km.

Dikenali dengan nama rasmi 'South Pacific Ocean Uninhibited Area', Point Nemo adalah tempat di mana kapal angkasa, satelit, kapal laut dan juga stesen angkasa Mir dilupuskan. Sekiranya projek ISS yang sedang dijalankan terpaksa dihentikan satu hari nanti, di situlah ISS akan dijatuhkan pada kedalaman 4 km di bawah laut.

Daripada tahun 1976 sehinggalah tahun 2016, sebanyak 260 kapal angkasa telah pun disimpan di Point Nemo, dengan angka jumlahnya bertambah lebih cepat beberapa tahun kebelakangan ini. Kerajaan Russia merupakan pengguna terbesar Point Nemo setakat ini, selain daripada kerajaan Jepun dan beberapa negara Eropah.

PUSARA KAPAL ANGKASA

kubur kapal angkasa spacecraft cemetery

Berikutan kedudukannya yang paling jauh daripada tanah dan manusia, kawasan Point Nemo adalah kawasan paling selamat untuk objek dari angkasa dijatuhkan. Objek yang jatuh pula, bukan semuanya akan tiba di Point Nemo.

Bagi objek bersaiz kecil seperti satelit kebiasaannya akan terbakar terlebih dahulu, sebelum hilang begitu saja akibat haba dan tekanan ketika memasuki ruangan udara bumi. Bagi objek bersaiz besar pula seperti stesen angkasa Mir, stesen itu akan dipandu supaya jatuh di Point Nemo, dengan haba dan tekanan akan menghancurkan kebanyakan objek fizikal yang digunakan dalam pembinaan stesen angkasa itu.

Badan dan rangka stesen angkasa yang terbakar akan hilang, hanya meninggalkan beberapa objek tahan haba seperti tangki yang diperbuat daripada titanium aloi serta ditempatkan dalam kebuk fiber karbon yang tahan suhu tinggi. Dalam proses jatuhan stesen angkasa Mir yang mempunyai berat 143 tan, debu-debu dan objek yang tidak terbakar hingga hancur akan dibawa ke pantai. Objek yang tidak terbakar serta masih sempurna pula akan dibiarkan tenggelam di Point Nemo.

Berikutan insiden melibatkan stesen angkasa pertama China Tiangong-1, yang telah hilang kawalan pada tahun 2016, ini akan menyebabkan kejatuhannya berlaku secara rawak tanpa kawalan. Dalam insiden sebegini, mustahil untuk pakar merancang jatuhan stesen angkasa itu ke Point Nemo ekoran kehilangan kawalan ke atas sistem pemanduan stesen itu. Stesen Tiangong-1 dijangka akan jatuh ke bumi pada awal tahun 2018 tanpa dapat diramal di mana lokasi jatuhannya.

MENGAPA KAPAL ANGKASA PERLU DIJATUHKAN DI BUMI?

point nemo di bumi

Pada ketika ini, lebih 4 ribu satelit mengelilingi bumi kita.

Itu belum termasuk barang-barangan yang terlepas ke angkasa seperti bahan-bahan terbuang ataupun peralatan angkasawan yang hilang semasa bekerja. Objek-objek ini bergerak pada kelajuan 2700 km/j mengorbit bumi dan berkemungkinan akan mengambil masa beratus tahun berlegar di situ.

Objek yang mengorbit bumi ini menjadi risiko besar kepada sebarang projek melibatkan angkasa seperti pelancaran kapal angkasa dan mungkin juga akan menyebabkan kerosakan pada satelit.

Risiko ini diburukkan lagi dengan kemungkinan berlakunya hentaman atau pelanggaran di antara pelbagai objek terbuang yang sedang mengorbit bumi ini. Pelanggaran seperti itu akan menghasilkan penambahan bilangan objek lebih kecil yang akan akan meninggikan lagi risiko berlaku kerosakan pada peralatan manusia yang sudah selamat mengorbit bumi.

Objek-objek 'sampah angkasa' ini boleh diklasifikasikan kepada 3 kumpulan - badan roket yang sudah dibuang, sisa-sisa bahan buangan dan unsur tidak diketahui. Pada ketika ini, kerajaan Russia bertanggungjawab dalam mencipta jumlah sampah angkasa paling banyak dengan kerajaan Amerika Syarikat dan China tidak jauh di belakangnya.

Atas sebab hendak mengurangkan risiko berlakunya pelanggaran di antara sampah angkasa dengan kapal angkasa atau satelit, kebanyakan kapal angkasa dan satelit yang sudah tamat perkhidmatannnya akan dijatuhkan di Point Nemo.

Daripada 27,000 ribu sampah angkasa yang mengorbit bumi, hanya 22 ribu dapat dikenalpasti siapa tuan punyanya. Sehingga kini, tidak ada mana-mana kerajaan mahu bertanggungjawab menyelia isu pembuangan sampah di angkasa ini.

KAITAN POINT NEMO DENGAN H.P. LOVECRAFT

ryleh tempat menguruh cthulhu

PenulisĀ  H.P. Lovecraft yang popular dengan kisah The Call of Cthulhu, sebenarnya telah pun hampir-hampir menemui Point Nemo lebih awal.

Dalam cerpen popularnya itu, dia menamakan secara geografi, sebuah kawasan bernama R'lyeh yang dijadikan tempat kurungan raksasa Cthulhu. Kawasan R'lyeh dalam cerpen pula terletak tidak jauh daripada titik sebenar Point Nemo, dengan hanya jarak 330 km memisahkan kedua-duanya.

Peminat beliau berpendapat dalam merekabentuk fantasi Cthulhu, Lovecraft sebenarnya sudah pun melakukan sedikit pengiraan sendiri pada awal 1928 bagi mendapatkan lokasi bumi yang paling jauh daripada daratan.

Selain itu pada tahun 1997, pihak penyelidik menjumpai bunyi berfrekuensi rendah daripada Point Nemo yang dinamakan 'the bloop.'

Sehingga kini tidak dapat diketahui apa sebenarnya yang menghasilkan bunyi tersebut walaupun pelbagai teori sudahpun muncul dan disebut-sebut. Pada tahun 2012, penyelidik menyimpulkan bunyi yang dihasilkan itu datang daripada geseran ais yang berlaku dalam lautan.

Walau pun begitu, ramai juga yang berpendapat bunyi yang kedengaran itu sebenarnya datang daripada makhluk gergasi fiksyen yang dinamakan Cthulhu itu, ekoran hubungkait kawasan R'lyeh dengan Point Nemo. Kami biarkanlah anda buat kesimpulan sendiri tentang hal ini.




Hakcipta iluminasi.com (2017)