hh

Adakah anda salah seorang yang merasa kegembiraan, apabila mendapat tahu tentang nasib buruk yang telah menimpa rakan anda, seperti dia dibuang kerja, gagal lulus dalam peperiksaan atau tidak berjaya menang dalam pertandingan?

Jawab jujur! Pernah kan?

Fenomena kegembiraan yang anda rasai itu sebenarnya bukanlah sesuatu yang eksklusif pada anda, malahan sebenarnya berlaku pada ramai orang yang normal pemikirannya.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Dalam sains, istilah yang digunakan untuk merujuk rasa gembira ketika mendengar berita buruk yang menimpa orang lain ini dinamakan sebagai 'schadenfreude,' -  berpunca daripada istilah Jerman iaitu 'schauden' yang bermakna 'menyakitkan' dan 'fraude' yang membawa maksud 'keseronokan.'

Perasaan itu dialami ramai manusia tapi selalunya hanya diakui apabila nasib buruk menimpa seseorang yang tidak digemari majoriti, seperti seorang perompak yang dibelasah oleh orang ramai namun kurang diakui berlaku apabila melibatkan rakan-rakan sendiri.

Apabila seseorang individu itu memerlukan satu pengesahan psikologikal untuk dirinya akibat rasa iri hati terhadap rakan misalnya, rasa gembira ini akan wujud yang akan membuatkan seseorang itu rasa lebih baik tentang hidupnya sendiri.

untitled

Banyak kajian sains sebenarnya membuktikan melalui kajian-kajian mereka, schadenfreude ini paling jelas dilakukan oleh seseorang yang mempunyai tahap keyakinan diri yang rendah. Semakin rendah tahap keyakinan dirinya terhadap dirinya sendiri, semakin keraplah individu itu akan melakukan aktiviti schadenfreude.

Menurut satu kajian oleh Dr. Van Dijk dari Leiden University di Belanda berkenaan fenomena shadenfreude ini membuat kesimpulan - seseorang yang mempunyai tahap keyakinan diri yang rendah, akan melakukan apa sahaja untuk membuatkan dirinya rasa lebih baik.

Dengan melakukan kajian yang membaca reaksi mimik muka seseorang selepas disampaikan kisah malang yang menimpa seseorang individu, ramai peserta kajian tersenyum selepas nasib buruk menimpa sesetengah golongan tertentu sahaja.

Golongan sasaran yang selalu menjadi mangsa schadenfreude ini adalah golongan pelajar yang cemerlang, individu kaya, seseorang yang berkuasa sehinggalah kepada pasukan sukan yang kerap memenangi kejuaraan mereka.

maxresdefault 429

Dalam masyarakat kita, seseorang yang gemar membaca portal gosip ini sebenarnya diakui cenderung untuk mencari bahan bacaan bagi merasakan dirinya berada dalam keadaan lebih baik. Apabila mereka mempunyai tahap keyakinan diri sendiri yang rendah, dengan membaca berita tentang kegagalan perkahwinan artis misalnya, ini akan membuatkan mereka rasa gembira dengan kehidupan mereka.

Adakah schadenfreude ini sebenarnya sesuatu yang positif atau negatif? Perasaan gembira yang muncul ini sebenarnya bukanlah sesuatu yang normal walaupun dianggarkan hampir 85% individu di dunia mengalami masalah kurang keyakinan diri?

Hanya kita saja yang tahu adakah kita ada schadenfreude dan langkah paling penting adalah mengakui kita ada perasaan negatif ini tanpa rasa malu. Latihlah diri kita, setiap kali wujud perasaan-perasaan gembira melihat nasib malang rakan-rakan, ingatkan diri kita yang kita tidak memerlukan nasib buruk mereka untuk membuktikan kejayaan kita.

Kejayaan seseorang yang kita kenal, tidak membawa maksud yang kita ini gagal. Kegagalan mereka juga bukanlah satu kejayaan pada kita.

Rujukan

CBS News

Live Science




Hakcipta iluminasi.com (2017)