Kredit foto: Instagram Aliff Syukri

Jutawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri mendedahkan isterinya, Datin Seri Nur Shahida Mohd Rashid kini sedang hamil tiga bulan!

Aliff memberitahu dia sememangnya mahukan anak yang ramai dan terkejut dengan berita yang diterimanya itu selepas mengambil dua anak angkat baru-baru ini.

“Alhamdulillah, isteri saya kini sedang mengandung tiga bulan. Saya memang dah lama impikan anak yang ramai.

“Tak sangka selepas ambil dua orang anak angkat, Ameena dan Qayyum, isteri saya disahkan hamil,” kata Aliff kepada portal Mstar Online sewaktu sidang media pelancaran single terbarunya, Abang Nak Tegur 2.0 duet bersama isterinya, Datin Nur Shahida, yang berlangsung di Flora Terrace, Kuala Lumpur, hari ini.

Aliff dan Shahida mendirikan rumah tangga pada Ogos 2007 dan sehingga kini dikurniakan tiga zuriat, Ammar Ahyan 9, Qadejah El Zahra, 7, dan Ibraheem Adham, 5.

Selain itu, mereka mengambil anak angkat, Ameena yang telahpun menginjak usia 3 bulan, bersama Qayyum pada awal bulan ini yang umurnya baru hampir sebulan.

Sementara itu, Aliff menafikan beliau sengaja menimbulkan kontroversi sewaktu proses rakaman video muzik lagu Abang Nak Tegur yang berlangsung di Sepanyol. 

Jelasnya, dia hanya tertekan apabila mengenangkan begnya dicuri pada hari pertama berada di negara itu hingga tanpa sengaja menjadikan Nur Sajat sebagai tempat melepaskan marah. 

“Hari pertama penggambaran dah kena rompak. Tak kan kes polis pun saya nak buat drama. Saya ada laporan polis.

“Sejujurnya, ia bukan semata-mata drama atau sengaja nak timbulkan kontroversi. Sepanjang di sana saya sedih. Mungkin terlalu tertekan menyebabkan secara tidak sengaja saya memarahi Sajat.

“Tapi netizen dah mengecam saya seperti kami melakukan zina di sana,” ujarnya.

Terdahulu, Aliff mendedahkan begnya dicuri hingga menyebabkan kerugian RM400,000. Beliau kehilangan wang tunai, kad kredit, kad pengenalan dan jam tangan mewah jenama Cartier.

Selepas itu, kecoh pula isu Aliff memarahi Sajat di set penggambaran, meskipun netizen menyifatkan ia hanyalah lakonan semata-mata untuk publisiti muzik video.

Sumber berita: Mstar 




Hakcipta iluminasi.com (2017)