Oleh pada 15 Dec 2017 kategori

Didakwa tidak mempedulikan bapa kandung dan adik-adik tirinya, jutawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri, mempersoalkan komen yang dilontarkan individu di laman Instagramnya.

Aliff mendedahkan segala kebajikan yang dilakukannya terhadap bapa kandung beliau menerusi beberapa soalan sinis yang diajukan semula kepada individu berkenaan.

dikatakan abaikan kebajikan ayah kandung dan adik adik tiri ini jawapan aliff syukri 2

Aliff mengulas tuduhan seorang pengikutnya yang mengatakan kononnya beliau mengabaikan kebajikan ayah kandung dan adik-adik tirinya. 

Tidak terhenti setakat itu, isteri Aliff, Datin Seri Nur Shahida Mohd Rashid, menyifatkan apa yang dikatakan individu berkenaan sebagai satu fitnah.

Katanya, sebelum mengeluarkan sesuatu kenyataan yang belum sahih, seeloknya mereka menyiasat terlebih dahulu kebenaran dakwaan yang didengar.

dikatakan abaikan kebajikan ayah kandung dan adik adik tiri ini jawapan aliff syukri 3

Dalam perkembangan lain, Aliff dalam kiriman di laman Instagramnya memberitahu, dia telah membina sebuah surau untuk kegunaan orang ramai bertempat di Kota Damansara, Petaling Jaya.

Surau yang dinamakan Surau Aliff Al-Shahida itu merupakan satu daripada 20 impiannya yang bakal menjadi kenyataan hujung bulan hadapan.

Difahamkan, nilai tanahnya sahaja mencecah RM6 juta dan projek itu sudah dirancang sejak tiga tahun lalu. 




Hakcipta iluminasi.com (2017)