Oleh pada 29 Jan 2018 kategori

Sumber foto: dailysabah.com (Foto Fail)

Pengasas IKEA, syarikat perabot terkemuka Sweden, Ingvar Kamprad (91 tahun) meninggal dunia semalam.

Kamprad disahkan tidak bernyawa semasa tidur di rumahnya di Smaland, selatan Sweden.

“Kami amat berduka cita atas pemergian Ingvar. Kami akan selalu memperingati dedikasinya dan komitmen beliau kepada orang ramai," ujar CEO dan Presiden Inter IKEA Group, Torbjorn Loof menerusi sebuah kenyataan.

Dilahirkan pada tahun 1926 dalam keluarga pekebun di selatan wilayah Smaland, Kamprad mendirikan syarikat itu ketika seawal umur 17 tahun.

Hasil pencapaiannya dapat dilihat menerusi tawaran harga yang rendah daripada kesemua syarikat pesaing.

“Warisan beliau akan selalu dikenang buat tahun-tahun akan datang dan visi beliau – untuk mewujudkan kehidupan harian yang lebih baik untuk lebih ramai orang – akan selalu menjadi panduan dan memberi inspirasi kepada kami,” luah CEO dan Presiden IKEA Group, Jesper Brodin.

Pada tahun lepas, Suruhanjaya Eropah mendedahkan bahawa siasatan bakal dijalankan terhadap perjanjian cukai antara IKEA dan Belanda.

Sumber berita: AFP & Mynewshub




Hakcipta iluminasi.com (2017)