Dengan nama yang sukar disebut seperti Vittsjo, Bastig, Boholmen dan Grundtal - membeli belah di IKEA merupakan satu pengalaman yang lucu.

Nama-nama produk syarikat itu biasanya sukar untuk kita sebut. Ada juga yang berbunyi sangat keras ibarat nama sebuah kugiran heavy metal Eropah, langsung tidak kena dengan produk perabot dan kelengkapan rumah yang dijual.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Tetapi tahukah anda di sebalik semua nama aneh produk IKEA, terdapat sistem khusus yang digunakan bagi menamakan semua produk keluaran mereka?

Sistem nama bagi menangani masalah penyakit disleksia

ingvar kamprad ikea disleksia

Disleksia merupakan penyakit kesukaran untuk membaca, menulis dan mengeja yang boleh berlaku kepada individu-individu tertentu.

Pengasas IKEA, Ingvar Kamprad mengalami masalah ini mengakibatkan dia menghadapi beberapa kesukaran - khasnya kekangan dalam menterjemah dan memahami turutan nombor dengan sempurna.

Kesukaran ini menyebabkan Kamprad sukar untuk mengingati produk keluarannya sendiri. Bagi menyelesaikan isu ini, Kamprad mencipta sistem penamaan semua produk keluarannya berasaskan kepada nama dan istilah pelbagai, tidak lagi menggunakan nombor sebagai kod rujukan.

Elemen seperti asal-usul, lokasi, alam semulajadi serta pelbagai lagi faktor luaran mula dipilih dan dipinjam istilahnya, untuk dijadikan nama-nama produknya.

Nama lucu yang terhasil akibat perbezaan bahasa

not milf produk nama ikea

Semua nama yang dipilih membantu Kamprad untuk mengingati produknya secara visual, melalui gambaran yang ada daripada hubungkait di antara produk tersebut dengan nama yang dikenakan kepadanya.

Ada peraturan khas atau sistem diperkenalkan Kamprad dalam memudahkan penciptaan kategori-kategori nama ini, yang kini diuruskan oleh divisyen khas dalaman IKEA - khusus untuk memilih serta memadankan istilah terpilih dengan produk yang secocok.

Semua produk IKEA yang dijual baik di benua Amerika, Asia, Eropah dan lain-lain akan menggunakan nama sama bagi memudahkan pengurusannya, dipilih daripada istilah pinjaman bahasa Sweden atau negara-negara Scandinavia lain.

nama pelik produk ikea

Disebabkan oleh syarat itu, ada kalanya nama-nama yang terhasil boleh jadi sejenis nama yang agak melucukan, disebabkan oleh bunyinya dalam bahasa Inggeris yang agak kelakar.

Nama seperti 'Jerker', 'Bladvass', 'Femmen Vag', 'Stenklover', 'Milf', 'Fartyg' dan 'Fartfull' merupakan istilah biasa Sweden pernah digunakan sebagai nama produk IKEA dengan tujuan baik - bagaimanapun apabila sebutannya sudah sedemikian rupa, pasti ramai di antara kita yang tersengih menyebutnya.

Seandainya situasi sebegini berlaku, produk serupa akan diberikan nama berbeza di negara-negara luar.

Kategori nama produk IKEA

ikea malaysia 240

Setiap kategori produk IKEA akan dikhususkan namanya kepada kategori istilah tertentu, pada awalnya bergantung kepada bagaimana Kamprad melihatnya.

Lama-kelamaan nama-nama itu mula diperkembangkan pemilihannya meliputi lebih banyak elemen pinjaman masyarakat Scandinavia. Berikut adalah senarai tidak lengkap kategori nama produk IKEA:

Barangan bilik airnama tasik atau sungai di Sweden
Katil, almarinama lokasi di Norway
Almari bukukategori pekerjaan, nama budak lelaki Scandinavia
Produk kanak-kanaknama burung, nama mamalia
Meja, kerusi, kerusi pejabatnama budak lelaki Scandinavia
Fabrik, langsirnama budak perempuan Scandinavia
Perabot luar rumah/tamannama pulau di negara Scandinavia
Peralatan dapurnama ikan, cendawan
Peralatan lampunama musim, bulan, hari, unit ukuran
Sofa, kerusi meja makan, meja makannama lokasi di Sweden

Mewujudkan hubungan manusiawi dengan pembeli

produk ikea yang sudah ditamatkan

Walaupun penamaan produk-produk IKEA ini agak mengelirukan bagi bukan pengguna bahasa Sweden, apa yang jelas sistem yang telah mereka bangunkan berjaya membantu mencipta produk yang berbunyi lebih mesra pengguna.

Lihat saja keberkesanan sistem ini dalam membantu pemasaran produk IKEA, menerusi produk paling laris mereka iaitu almari buku BILLY. Berbeza dengan majoriti pengeluar perabot yang gemar menggunakan kod seperti ABC190246 sebagai contoh untuk merujuk produk - BILLY mudah diingati serta mempunyai identiti sendiri.

Satu lagi perkara yang perlu dipatuhi dalam sistem penamaan IKEA ini adalah penggunaan huruf besar kesemuanya, ketika menulis nama produk.

Rekaan huruf besar itu disengajakan, bagi meneruskan persamaan di antara nama IKEA itu sendiri yang merupakan akronim kepada 'Ingvar Kamprad Elmtaryd Agunnaryd', ditulis menggunakan huruf besar.

Bagi menghasilkan rekaan yang sekata, IKEA juga menetapkan semua nama produk mereka haruslah mengekalkan elemen serupa, ditulis menggunakan huruf besar.

Syarat ini bukan saja membantu nama produk yang dipaparkan lebih menonjol tulisannya bahkan turut sama membantu orang ramai membacanya dengan lebih mudah.

Rujukan 

Fjadermoln sebenar!




Hakcipta iluminasi.com (2017)