bekas ketua audit negara ishak tadin meninggal dunia di usia 86 tahun

Sumber foto: Free Malaysia Today

Bekas Ketua Audit Negara, Tan Sri Ishak Tadin, menghembuskan nafas terakhir di rumahnya di Jalan Chan Chin Mooi, Tasik Titiwangsa semalam.

Adik ipar Allahyarham, Zulkhairi Abdul Samad (60 tahun) memberitahu Allahyarham Ishak (86 tahun) meninggal dunia sekitar pukul 2.30 petang semalam kerana sakit tua.

Zulkhairi memberitahu, jenazah Allahyarham disembahyangkan di Masjid Ibnu Sina lalu dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Taman Tasik Titiwangsa di Jalan Titiwangsa 5.

"Ketika hayatnya, arwah Ishak seorang yang baik dan pendiam serta mengutamakan pentadbiran negara dan komited dalam kerjanya," luahnya kepada Bernama.

Allahyarham meninggalkan isterinya iaitu Puan Sri Sa'adah Abd Samad, serta seorang anak lelaki dan dua anak perempuan.

Beliau pernah bertugas sebagai Ketua Setiausaha Kementerian Pengangkutan dari 1 Mac 1981 sehingga 31 Mei 1986 dan dikurniakan jawatan Ketua Audit Negara dari tahun 1986 sehingga 1994.

bekas ketua audit negara ishak tadin meninggal dunia di usia 86 tahun 1 89

Sumber foto: Facebook / The Malaysian Insight

Sumber berita: Bernama & BH Online


tags : , , , ,




Hakcipta iluminasi.com (2017)