Ikea merupakan sebuah syarikat menjual perabot yang tidak perlu diperkenalkan lagi. Dengan rekaan perabut yang ringkas dan terkini, ianya menjadi pilihan golongan muda untuk menghiasi kediaman mereka dengan rekabentuk konsep moden.

Ketika artikel ini ditulis, di Malaysia sudah terdapat 2 buah kedai IKEA dibuka, sebuah di Damansara dan sebuah lagi terletak di Cheras. Dalam masa terdekat, dua buah kedai IKEA akan dibuka - satu di Pulau Pinang dan satu lagi di Johor. Kali ini, kami ini berkongsi beberapa info menarik mengenai Ikea yang mungkin ramai tidak tahu.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Idea Penubuhan

pengasas ikea

IKEA ditubuhkan oleh Ingvar Kamprad yang berasal dari Sweden. Ketika itu beliau baru sahaja berumur 17 tahun. Bapanya telah memberinya wang hadiah setelah beliau berjaya menamatkan pelajaran. Wang tersebut telah digunakan untuk memulakan bisnesnya untuk membeli barang-barang dalam jumlah pukal untuk dijual semula. Maka, lahirlah IKEA.

Di peringkat awal, beliau menjual pelbagai barangan seperti jam, kad ucapan, pen dan lain-lain lagi. Dengan membeli barangan dalam kuantiti yang besar, beliau dapat membuat keuntungan dengan menjualnya semula kepada masyarakat setempat. Kira-kira 5 tahun kemudian, barulah IKEA mula menjual perabot.

Asal-usul nama IKEA dan nama produk IKEA

maksud nama ikea

IKEA bukanlah sebuah perkataan dalam bahasa Sweden sebaliknya merupakan sebuah akronim hasil gabungan nama pengasasnya I dan K (Ingvar Kamprad), E (Elmtaryd - nama kawasan ladang beliau membesar) dan A (Agunnaryd - nama bandar lokasi ladang tersebut).

Pengasas IKEA, Ingvar Kamprad adalah seorang dyslexia. Maka, setiap produk yang dijual di IKEA mestilah merujuk kepada sesuatu perkara bagi memudahkannya diingati. Sebagai contoh, barangan kelengkapan tandas diberi nama berdasarkan nama-nama tasik dan sungai.

Idea Perabot Pasang Siap

perabot pasang siap

Antara ciriutama yang membezakan IKEA dan penjual barangan perabot lain adalah perabot-perabot yang dijual di IKEA kebanyakannya adalah jenis pasang siap dimana pembeli perlu memasangnya sendiri setibanya mereka di rumah. Dari manakan konsep ini mula digunakan oleh IKEA?

Idea ini bermula apabila salah seorang pekerja IKEA, Gillis Lundgren menghadapi kesukaran memuatkan meja kayu yang dibeli ke dalam bonet keretanya. Maka, beliau mengambil keputusan untuk membuka keempat-empat kaki meja tersebut sebelum berjaya dimasukkan ke dalam kereta.

Beliau kemudiannya memaklumkan masalah tersebut dan cara penyelesaiannya kepada IKEA sebelum konsep itu secara rasminya digunakan oleh IKEA pada tahun 1956.

IKEA Pada Masa Kini

Kini, pengasas IKEA merupakan antara orang terkaya di dunia dengan kekayaan diangarkan RM 14.36 bilion. Sehingga bulan Ogos 2017, 400 buah cawangan kedai IKEA telah dibuka di 49 buah negara. Menariknya, walaupun syarikat ini bermula di Sweden, ibu pejabatnya kini beroperasi di Belanda.

Selain perabot, IKEA sememangnya popular dalam kalangan rakyat Malaysia yang gemar menikmati bebola dagingnya. Sesetengah rakyat Malaysia beranggapan barangan perabot yang dijual di IKEA lebih mahal berbanding kedai perabot lain tetapi jika dibuat perbandingan, ianya tidaklah begitu tepat kerana ada sesetengah barangan yang dijual di IKEA sebenarnya lebih murah dan berbaloi untuk dibeli.

Kredit:

  1. IKEA.com
  2. Business Insider
  3. House Beautiful
  4. WikiPedia



Hakcipta iluminasi.com (2017)