Kredit foto: pensilone.blogspot.my
Umum sedia maklum akan hubungan baik yang terjalin antara pelakon Abby Abadi dan bekas suaminya, aktor Norman Hakim.
Namun baru-baru ini perhubungan tersebut telah disalahtafsir oleh sesetengah pihak.
Menerusi reaksi balas netizen di laman Facebook menyatakan aktres tersebut masih tidak dapat melupakan Norman dan lebih teruk lagi, dikatakan menjadi orang ketiga dalam rumah tangga bekas suaminya.
Geram dengan fitnah yang dilemparkan, Abby tampil dengan penjelasan menerusi laman Intagramnya.
Menurut Abby, hubungan akrab yang terjalin antara mereka adalah untuk membuktikan bahawa perpisahan bukanlah pengakhiran yang buruk kepada mana-mana perhubungan. Malah tiada salahnya untuk terus mengekalkan hubungan yang baik demi anak-anak.
Kredit foto: nurizspace.com
Terima kasih @normanhakim_786. Sediakan sepersalinan baju melayu dan sampin raya pertama untuk semua anak-anak lelaki termasuk Danish - baju Awish dan Arisz tiada dalam gambar. Baju Dania dan Baby, Memey uruskan sebab ambil butik Meylana punya saja kan? Paling tak sangka, Oman tak lupa sampin untuk Jai juga. Sangat comel untuk tahun ni. Harap tahun depan dapat sediakan lebih lagi. Saja tunjuk sebab kami memang berhubung baik sekarang. Tapi dalam pada makin baik tu, terbaca di Facebook, ada yang tuduh saya tak boleh lupakan Norman selepas bercerai. Kasihan suami Abby katanya. Selalu nampak Abby komen di Instagram Norman. Ya betul, saya ada komen di Instagram Oman, tapi tak adalah selalu, sesekali saja mengusik. Macam kawan-kawan. Kadang-kadang pasal anak-anak. Norman balas dengan baik saja. Mereka tu yang sakit hati, kenapa? Harap sangat, cukuplah sibukkan diri mencari salah orang tu. Hidup tu dah bahagia sangat ke sampai asyik mencari salah silap orang saja? Orang daripada bergaduh boleh berbaik ni, patut doakanlah agar terus dalam kebaikan, ini macam sakit hati pula. Macam kalau boleh pasangan yang bercerai mesti perlu bergaduh. Biar anak-anak huru-hara. Tak dapat nak merasa kasih sayang kedua-duanya, macam tu ya?
Sumber: Instagram Abby Abadi
Menurut Abby lagi, dia juga tidak pernah bergantung hidup dalam soal kewangan pada bekas suaminya itu. Beliau mampu berdikari di atas kakinya sendiri.
Nak raya dah ni ya. Bersihkan jiwa. Doakan yang baik-baik untuk semua ya. Kita tulis ni dengan niat nak yang di luar sana jangan ada salah faham lagi tentang hubungan saya dan Oman ya. Sejak bercerai saya tak pernah kacau hidup Norman kecuali berkaitan anak-anak. Anak-anak nak membeli-belah, sakit atau apa-apa, bila dengan saya, semua atas saya. Hidup sayapun saya tanggung sendiri ya. Harap Maklum. Sekian.
Sumber: Instagram Abby Abadi
Kredit foto: bm.cari.com.my