Oleh pada 28 Mar 2017 kategori

Seorang pembantu rumah yang bekerja di Singapura ini telah didapati berkelakuan pelik dalam rakaman CCTV majikan beliau. Beliau kelihatan seperti dirasuk oleh roh jahat yang membuatkan kelakuan beliau seperti watak hantu di dalam filem The Ring.

Dalam rakaman tersebut, beliau didapati memakai baju berwarna putih dan berjalan dengan tangan di belakang seperti seorang nenek tua perlahan-lahan. Menurut majikan pembantu rumah itu yang hanya dikenali sebagai Nurul, peristiwa ganjil itu berlaku selepas pembantu rumah tersebut keluar daripada bilik air. Mujur ketika kejadian, ibu Nurul dan anak-anaknya tidak ada di rumah.

Respon orang ramai bercampur-campur.

Ada yang ketakutan melihat aksi yang dipaparkan. Ramai juga yang merasakan skeptikal terhadap tingkah laku yang dipaparkan dalam rakaman tersebut. Pihak yang skeptikal menganggap aksi tersebut dilakukan dengan sengaja kerana pembantu rumah tersebut tahu kedudukan cctv dalam rumah tersebut dan berlakon sedemikian dalam rakaman untuk menyampaikan mesej yang dia tak mahu lagi bekerja di situ, jadi tolong halau dia keluar rumah.

Agak susah juga zaman sekarang ini, mungkin untuk berhenti kerja tidak lagi memadai hanya dengan menulis surat letak jawatan. Perlu disertakan sekali kelakuan-kelakuan pelik untuk memperkukuhkan lagi alasan letak jawatan.

Tetapi dari perspektif lain pula, bagaimana pula kalau semua itu bukan lakonan? Menakutkan bukan?

Tonton video di bawah jika anda tak risau nak tidur malam ini.




Hakcipta iluminasi.com (2017)