Oleh pada 13 Feb 2018 kategori

Sumber foto: Mynewshub

Persekutuan Badminton Dunia (BWF) bertindak menyiasat seorang pemain badminton profesional negara, kerana disyaki terbabit mengatur perlawanan.

Menurut laporan Berita Harian, pemain berumur 20-an itu digantung daripada turut serta dalam kejohanan sejak bulan lepas sampai siasatan tersebut berakhir.

Beliau, yang tidak dibongkarkan identitinya, mula diawasi BWF sejak setahun lepas dan penggantungannya dilakukan setelah aktivitinya “semakin jelas”.

Badan tersebut berasa sangsi tentang tindakan pemain terbabit berasaskan kehidupannya yang didakwa kaya-raya dan sudah menjadi bualan orang sejak akhir-akhir ini.

“BWF sudah memanggil pemain terbabit untuk siasatan lanjut hujung tahun lalu,” ujar sumber kepada akhbar itu.

Badan dunia tersebut didedahkan memiliki bukti memadai bagi melakukan dakwaan berserta hasil pemeriksaan ke atas telefon bimbit miliknya.

“Daripada telefon bimbitnya itu, BWF mendapati ada kandungan mesej dalam aplikasi WhatsApp yang menjurus kepada kegiatan mengatur perlawanan,” jelasnya.

Sumber berita: Malay Mail Online




Hakcipta iluminasi.com (2017)