Ramai yang menghukum prestasi sukan Malaysia kerana mereka melihat pencapaian bola sepak sahaja. Hari ini penulis ingin berkongsi kedudukan atlet dan pasukan Malaysia di peringkat antarabangsa. Sukan-sukan ini tidak tertakluk kepada pasukan lelaki sahaja tetapi akan dibandingkan juga dengan pasukan wanita.

10. Bola sepak

skuad harimau malaya

Ranking Dunia: 166

Baru-baru ini rakyat Malaysia dikejutkan dengan kekalahan skuad bola sepak lelaki kebangsaan 1-0 kepada Thailand pada Sukan SEA 2017 bagi skuad B-22. Sukan yang paling banyak dimainkan di Malaysia ini mencatatkan kedudukan paling baik sepanjang zaman pada tahun 1993 di mana Malaysia meraih tempat ke-79.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Harimau Malaya menunjukkan prestasi yang kurang memberangsangkan jika dibandingkan dengan tahun-tahun sebelum ini. Namun demikian, ada juga berita baik untuk pasukan bola sepak negara kerana pasukan wanita kebangsaan berada di tempat ke-79 ranking FIFA terkini. Perbezaan sehingga 100 anak tangga antara kedua-dua skuad menimbulkan banyak persoalan tentang skuad bola sepak lelaki.

sumber:https://www.fifa.com/fifa-world-ranking/

9. Futsal

skuad futsal kebangsaan

Ranking Dunia: 62

Sukan yang lebih kurang sama dengan bola sepak ini tidak asing lagi dalam kalangan remaja lelaki di Malaysia. Kedua-dua pasukan futsal berada di tempat ke-62 dunia menunjukkan peningkatan yang baik kerana sebelum ini mereka berada di tempat ke-72. Skuad lelaki berjaya meraih pingat perak pada sukan SEA baru-baru ini setelah mencatat 2 kemenangan, seri sekali dan kalah sekali. Skuad wanita pula gagal meraih sebarang pingat.

8. Bola Keranjang

atlet bola keranjang malaysia

Ranking Dunia: 48

Ranking terbaik ini dicatatkan oleh pasukan wanita kebangsaan setelah mengalahkan Thailand dengan skor 65-60 pada sukan SEA baru-baru ini. Mereka juga berada di tempat ke-8 di benua Asia dan tempat kedua benua Asia Tenggara di belakang Filipina. Pasukan lelaki pula meraih tempat ke-5 dalam sukan SEA dan berada di ranking ke-67 dunia

sumber:https://www.fiba.basketball

7. Ragbi

ragbi berada di kedudukan yang agak membanggakan

Ranking Dunia: 47

Ini antara sukan yang kurang diberi perhatian kerana pasukan negara kebangsaan tidak mempunyai fasiliti yang baik namun ini tidak mematahkan semangat mereka untuk meraih pingat emas pada sukan SEA 2017.

Apa lagi yang menyedihkan tentang fasiliti ialah mereka tidak mempunyai stadium rasmi kebangsaan tetapi semangat pemain-pemain ragbi ini patut diberi penghormatan terbaik.

Malangnya berdasarkan sumber admin, tiada kedudukan untuk pasukan wanita dalam laman web rasmi ragbi antarabangsa.

sumber:https://www.worldrugby.org/rankings

6. Kriket

sukan kriket

Ranking Dunia: 26

Kriket merupakan sukan kedua paling banyak dimainkan oleh rakyat Malaysia berdasarkan sumber yang admin dapat. Permainan ini lebih kurang permainan baseball tetapi terdapat perbezaan dari segi skor dan lain-lain. Berikut merupakan ranking mengikut kategori:

OD: Lelaki-28 Wanita-29

T20: Lelaki-29 Wanita-39

sumber: https://cricketpasifika.com/cricket-rankings/

5. Bola jaring

skuad bola jaring malaysia

Ranking Dunia: 20

Skuad kebangsaan berjaya meraih pingat emas sukan SEA 2017 mengalahkan musuh ketat Singapura dengan skor 65-41. Walaupun berdasarkan ranking kebangsaan Malaysia berada di belakang skuad bola jaring Singapura (19), admin percaya situasi ini akan berubah pada masa hadapan setelah kejayaan skuad kebangsaan meraih emas baru-baru ini.

sumber: https://netball.org/events-and-results/current-world-rankings

4. Hoki

skuad hoki kebangsaan

Ranking Dunia: 12

Skuad hoki kebangsaan berada dalam landasan yang tepat untuk mencapai kedudukan terbaik dunia. Tidak mengejutkan jika suatu hari nanti skuad hoki kebangsaan menjadi juara di hoki Piala Dunia. Kedudukan ke-12 ini dicatat oleh pasukan hoki lelaki kebangsaan manakala pasukan wanita tidak kurang hebatnya juga mencatat tempat ke-22 dunia.

sumber: https://www.fih.ch/rankings/outdoor/

3. Badminton

dato lee chong wei

Ranking Dunia: 7

Disebabkan badminton merupakan sukan popular tetapi tidak melibatkan pasukan, jadi admin mengambil ranking individu terbaik. Dato' Lee Chong Wei berada di tempat ke-7 dunia namun beliau telah memegang rekod sebagai pemain terbaik badminton selama beberapa tahun yang lalu.

Pencapaian beliau memang patut dibanggakan setelah bertahun-tahun memegang takhta pemain no. 1 badminton dunia. Malaysia juga mempunyai pelapis muda yang diharapkan akan menunjukkan prestasi yang sama seperti beliau. Berikut merupakan ranking pemain badminton negara mengikut kategori selain Dato' Lee Chong Wei

Perseorangan lelaki - Wei Feng Chong (41), Zulfadli Zulkiffli (45), Daren Liew(49)

Perseorangan wanita - Sonia Cheah (27), Oh Jin Wei (41)

Beregu lelaki - Goh V Shem & Tan Wee Kiong (7), Ong Yew Sin & Teo Ee Yi (16)

Beregu wanita - Vivian Hoo & Woon Khe Wei (13), Yin Loo Lim & Yap Cheng Wen (19)

sumber: https://bwfbadminton.com/rankings/

2. Skuash

dato nicole david

Ranking Dunia: 5

Dato' Nicol Ann David memegang takhta sebagai pemain no. 1 selama beberapa tahun namun ranking terkini beliau telah jatuh ke tempat ke-5 disebabkan faktor usia. Walaupun begitu, beliau merupakan ikon negara yang patut dibanggakan atas pencapaiannya selama ini. Berikut ranking individu skuash:

Atlet lelaki: Nafiizwan Adnan (32)

Atlet remaja lelaki dan perempuan: Sivasangari (4), Ong Sai Hung (5), Darren Rahul (6) & Andrea Lee (7)

1. Takraw

sukan takraw

Ranking Dunia: 2

Baru-baru ini Malaysia berjaya meraih 2 emas, 3 perak dan 6 gangsa yang mempunyai kutipan 11 pingat keseluruhan. Kutipan tersebut merupakan pingat terbanyak berbanding negara ASEAN lain mengalahkan Myanmar dan Thailand dengan 7 pingat.

Malaysia berada satu anak tangga di belakang negara jiran, Thailand, yang juga merupakan musuh ketat kita. Sukan yang hanya memerlukan sebiji bola raga ini antara sukan popular dalam kalangan rakyat Malaysia.

Sukan ini tidak mengira umur kerana terdapat mereka yang sudah berumur tetapi masih lagi bermain timbang takraw bersama jiran-jiran. Pasukan takraw negara berada di tempat ke-2 bagi lelaki, ke-3 bagi perempuan.

sumber: https://www.sportstract.com/sepak-takraw-world-ranking-2015-indian-teams-7th-8th-positions/


Nota: Terdapat banyak lagi sukan yang berada di ranking tinggi tapi artikel ini menerangkan tentang sukan-sukan popular di Malaysia.




Hakcipta iluminasi.com (2017)