Kredit foto: engkumuzahadin.blogspot.com

Pelakon Ummi Nazeera dalam kenyataannya baru-baru ini mendedahkan pernah bermasam muka dengan aktor Aeril Zafrel. Kejadian tersebut berlaku pada pertengahan tahun lalu. Menurutnya, ketika itu mereka sedang dalam proses menyiapkan penggambaran drama Nahu Rindu. 

Kata Ummi lagi, drama tersebut adalah drama yang paling memberikan cabaran buatnya kerana pelbagai jenis masalah yang mendatang. Dan salah satunya adalah persengketaan bersama pelakon Aeril Zafrel dek kerana tiada persefahaman tentang watak dalam lakonan. 

Ini pendedahan Ummi: 

Entah kenapa dan di mana silapnya, kami tidak sefahaman mengenai watak yang dilakonkan masing-masing. Perkara itu tidak sepatutnya pun berlaku. Lama juga masa diambil untuk kami berbaik semula. Sehinggakan, kru produksi turut bertanya, sampai bila kami nak bermasam muka kerana ia menyukarkan seluruh produksi untuk bekerja. Ia kejadian pertama saya bertelingkah dengan bintang lelaki utama. Drama ini begitu halus dan mendalam, serta sangat berbeza dengan Patahnya Sebelah Sayap. Banyak juga masalah yang timbul sepanjang penggambaran dijalankan. Emosi saya pun tidak menentu ketika itu. Aeril pula kawan baik saya dan apabila kami berselisih faham, ia menjadi lebih rumit. Bagaimanapun, kami tidak saling meminta maaf, sebaliknya hubungan itu pulih begitu saja. 

Sumber: bharian.com.my 

Drama Nahu Rindu mengisahkan Nazira (lakonan Ummi Nazeera) dipertemukan dengan Fateh (Aeril Zafrel), lelaki yang secara kebetulan mempunyai raut wajah seiras Kasyaf, kekasih Nazira yang meninggal dunia sewaktu dalam perjalanan ke majlis perkahwinan mereka dahulu. 

Drama tersebut memulakan siarannya Februari lalu menerusi slot Zehra, bersiaran di TV3 setiap Rabu hingga Jumaat, jam 9 malam. 

Sumber berita: thetrendingnow.blogspot.com 




Hakcipta iluminasi.com (2017)