Kredit foto: Instagram Ummi Nazeera

Umum mengetahui tentang percintaan pasangan Adib Khalid dan Izara Aishah yang telahpun berakhir di jinjang pelamin, namun siapa sangka rupa-rupanya aktres Ummi Nazeera adalah 'orang tengah' yang bertanggungjawab menemukan mereka.

Ummi, 27, menerusi laman Instagramnya mendedahkan, Adib sebelum ini pernah memohon supaya dia menjadi orang perantaraan di samping meminta dia bercerita perihal yang baik-baik tentang beliau kepada Izara, sewaktu menghadiri konsert Datuk Seri Siti Nurhaliza.

"Saya mahu mengambil kredit kerana memperkenalkan Izara kepada Adib! Hahaha... Awak hutang dengan saya @adib_khalid! Adib merupakan teman zaman kanak-kanak dan kami sekelas di tingkatan satu dan dua," tulis Ummi.

Bercerita lebih lanjut, Ummi memberitahu, beliau dan Adib pernah berkongsi kelas ketika melanjutkan pengajian di menara gading.

"Kemudian kami sekelas lagi ketika menyambung pengajian di Universiti RMIT, Melbourne dan dia bertanya, 'Ummi, awak datang ke konsert Mak Iti malam ini bukan? Tolong cakap yang baik-baik tentang saya pada Izara. Saya mahu kenal dengannya'.

"Hahaha... Rasanya, itu yang dia katakan pada saya sebelum ini. Alhamdulillah, akhirnya kalian ke jenjang pelamin. Sayangilah antara satu sama lain," dedahnya.

Mengenai gosip cinta yang pernah mengaitkannya dengan Adib, Ummi mengakui segalanya bermula kerana kehadiran mereka di konsert terbabit.

"Selepas kami ke konsert Mak Iti, media gosipkan saya dengan Adib pula, sedangkan saya saya hanya menjadi orang tengah untuk menyatukan mereka," katanya.

Jelas Ummi, ketika itu dia duduk di antara Adib dan Izara dengan niat untuk merapatkan mereka.

"Jika anda melihat gambar yang digosipkan itu, saya duduk di antara Adib dan Izara. ketika itu, Adib masih malu-malu," selorohnya.

Izara, 25, bergelar isteri kepada Adib, 27, dengan sekali lafaz, jam 9 malam, dalam sebuah majlis nikah tertutup, Jumaat lalu.

Sumber berita: BH Online




Hakcipta iluminasi.com (2017)