video tarian kuch kuch hota hai wawa zainal dan aeril zafrel jadi bualan ramai

Pasangan Wawa Zainal dan Aeril Zafrel cukup terkenal dengan sifat romantik yang selalu berkongsi kebahagiaan mereka bersama peminat. 

Terdahulu, Aeril pernah membuat kejutan istimewa dengan membawa Wawa ke Lombok, Indonesia untuk merakamkan klip video ala-ala hindustan diiringai lagu filem Kaho Na Pyar Hair sebelum video tersebut menjadi tular di media sosial.

Kini, mereka menghasilkan sebuah lagi video dengan tarian sebuah lagi filem popular malar hijau Bollywood, Kuch Kuch Hota Hai dengan lagu 'Ladki Badhi Anjani Hai' yang berlatarbelakangkan pemandangan negeri Kashmir yang sangat indah.

Difahamkan, video tersebut dibuat bagi tujuan promosi koleksi pakaian '5 Waktu'. Apa yang pasti ianya pasti memberi idea kepada para suami isteri di luar sana untuk memberikan kejutan istimewa yang tersendiri kepada pasangan masing-masing.

Sumber: beautifulnara.com


tags : , , , ,



Hakcipta iluminasi.com (2017)