bercuti di india buat ummi nazeera insaf

Biarpun sedikit terganggu dengan kehadiran peniaga kecil yang suka menjual barangan secara paksaan, pelakon Ummi Nazeera menganggap pengalaman itu ketika bercuti di India bersama keluarganya membuatkan dirinya insaf.

Mereka tidak berputus asa meyakinkan saya dan ibu supaya membeli barang yang dijual. Biarpun disuruh berhenti, mereka tetap datang dan merayu supaya kami mendapatkan barangan yang dibawa. Pada mulanya, saya agak terganggu kerana tidak biasa dengan situasi itu.


Namun, pesanan ibu supaya jangan marah kerana itu cara mereka mencari wang untuk meneruskan hidup, menginsafkan diri ini. Ibu juga menasihati saya supaya membantu mereka walaupun sedikit kerana ia akan menggembirakan hidup orang lain.

Malah, Ummi juga berasa kagum dengan sifat bersungguh-sungguh rakyat di sana mencari nafkah setiap hari bagi menyara kehidupan.

Kita kagum melihat kecantikan dan kehebatan seni bangunan Taj Mahal tetapi di sekelilingnya, ramai yang hidup melarat. Tunang saya berpesan, jika ke India, amati suasana dan persekitarannya. Saya akui sedih melihat masyarakatnya yang hidup daif dan pengalaman itu begitu berharga buat diri dan keluarga.

Sumber: BH Online

bercuti di india buat ummi nazeera insaf 1

bercuti di india buat ummi nazeera insaf 2

bercuti di india buat ummi nazeera insaf 3

bercuti di india buat ummi nazeera insaf 4

Kredit foto: Instagram @umminazeera & Rotikaya


tags : , , ,



Hakcipta iluminasi.com (2017)