Kredit foto: Rojak Daily

Aktor Aeril Zafrel mendedahkan mesej peribadi laman sosial yang diterimanya daripada seorang peminat misteri sejak tahun 2016.

Apa yang mencetus perhatian apabila Aeril, 30, diajak untuk mengunjungi kediaman peminat itu pada waktu malam.

"Dari 2016 dia ajak. Korang rasa perlu ke aku pergi ke rumah Rafi ni?" soal Aeril kepada para pengikutnya di laman Twitter.

aeril zafrel dedah kisah misteri sering dijemput jam 8 malam 2

Kredit foto: Twitter Aeril Zafrel

Kiriman itu antara lain disertakan foto paparan skrin mesej peminat misteri yang dikenali sebagai Rafi itu.

Dipercayai, bintang drama Mandatori ini dikunjungi kiriman mesej individu itu sejak 6 Oktober 2016 hingga terkini pada Khamis lalu (1 Februari 2018).

Menerusi pemerhatian, kandungan beberapa perbualan berkenaan mengajak Aeril ke rumah beliau pada pukul 6 pagi serta 8 dan 10 malam.

Rata-rata netizen menerusi respon balas memberi pelbagai reaksi berhubung persoalan yang ditimbulkan Aeril.

"Saya rasa kamu patut pergi, mana tahu awak senangkan hati dia. Allah pun senangkan hati awak juga nanti. Keadilan yang sebenar," komen @MimiAsmidar1.

"Siasat dulu betul-betul Rafi itu siapa. Zaman sekarang kena waspada lebih. Tapi kalau peminat cilik layankan sahaja sebab kasihan dia tunggu Aeril dua tahun tak datang-datang," nasihat @pikosssss.

Sumber berita: Astro Gempak




Hakcipta iluminasi.com (2017)