Kredit foto: Instagram Aedy Ashraf 

Kebelakangan ini, ruangan komen di akaun Instagram milik pelakon Aedy Ashraf sering dipenuhi dengan reaksi yang berbaur negatif.

Semuanya gara-gara watak antagonis bernama Darius yang dibawakannya dalam drama bersiri Hero Seorang Cinderella.

Sebelum ini, Aedy sering dikenali dengan watak-watak baik yakni sejak bergelar pelakon daripada zaman kanak-kanaknya.

Namun dalam awal dewasanya ini, peminat bagaikan tidak dapat menerima sisi jahat pelakon tersebut yang terserlah dalam watak drama terbarunya.

pelakon aedy ashraf dihentam di instagram 2

Kredit foto: Astro Gempak

Dalam aspek positif, semestinya ini bermakna Aedy telah berjaya melakonkan wataknya dengan cemerlang sekali.

Drama bersiri Hero Seorang Cinderella turut menampilkan barisan pelakon hebat, antaranya Fattah Amin, Nur Fazura, Fikry Ibrahim, Uqasha Senrose, Datin Seri Zizie Ezette dan ramai lagi.

Hero Seorang Cinderella telah mula ditayangkan sejak 22 Mei, setiap Isnin hingga Khamis, jam 10.00 malam di saluran Astro Ria (104) dan Astro Ria HD (123). 




Hakcipta iluminasi.com (2017)