Oleh pada 26 Nov 2017 kategori

nabila razali menangis dipermainkan aedy ashraf 1

Penyanyi Nabila Razali tampil dalam sebuah video sensasi di laman Instagram yang memaparkan dirinya sedang menangis kerana telah dikecewakan.

Kiriman itu bagaimanapun tidak disertakan sebarang kapsyen, malah ruangan komen juga ditutup.

Dalam video berkenaan, Nabila mengadu dirinya kecewa dengan sikap lelaki yang tidak pernah rasa cukup, walaupun seorang wanita telah berkorban dan berusaha memberikan yang terbaik.

"Lelaki ni tak pernah rasa cukupkan?

"Tak kisah lah kita berkoban macam mana pun untuk mereka. Tetap cari yang lain.

"Jadi Bila (Nabila Razali) harap korang dah tak tanya apa-apa pasal tu.

"Kamu semua pun mesti pernah kena macam ni kan?" luah Nabila dalam nada sayu.

Pun begitu tidak dapat dipastikan video berkenaan ditujukan kepada siapa. Walaupun kelihatan jelas Nabila seperti sedang dipermainkan kekasihnya.

Ramai yang berspekulasi Nabila telah dikecewakan aktor Aedy Ashraf kerana lelaki itu pernah dikaitkan dengannya sebelum ini selepas mereka merakamkan foto bertemujanji berdua.

Dalam pada itu, Aedy menerusi Instagram Story memuat naik foto dipeluk seorang gadis dalam keadaan mesra.

nabila razali menangis dipermainkan aedy ashraf 2

Adakah air mata Nabila itu berpunca daripada foto berkenaan? Hanya pasangan ini yang mengetahui kisah sebenar.

Kredit foto: Instagram Aedy Ashraf & Instagram Nabila Razali

tags : , , , , , , ,




Hakcipta iluminasi.com (2017)