Oleh pada 11 Apr 2018 kategori

Kredit foto: Instagram Aedy Ashraf

Aedy Ashraf yang hadir ke Anugerah MeleTOP (AME2018) pada Ahad lalu, bersama seorang wanita cantik menjadi tumpuan ramai di media sosial.

Malah pelakon Hero Seorang Cinderella itu terbuka berkongsi foto-foto mesra mereka menerusi kiriman Instagram, termasuk beberapa rakaman yang dimuatnaik di Instastory.

inikah kekasih aedy ashraf 2

Kredit foto: Instagram Aedy Ashraf

Begitupun Aedy tidak menyertakan sebarang kapsyen sekaligus membuatkan para peminat terus tertanya akan status sebenar hubungan mereka.

Beberapa rakaman video yang dikongsikan di Instastory jelas menunjukkan kemesraan pasangan ini yang tak ubah bak sepasang kekasih.

Menerusi ruangan komen, netizen meluahkan rasa cemburu terhadap wanita anggun berbusana serba putih itu.

Lebih hangat, ada yang mempertikaikan keserasian pelakon kacak yang mencipta nama sejak zaman kanak-kanak ini dengan wanita berkenaan.

“Kepala kekasih awak lebih besar daripada awaklah sayang, emm, panjang sangat dagu dia, emm saya lagi lawa tau!

“Melepaskan mu bukan mudah bagiku untuk melalui semua ini.

“Bertabahlah, sesungguhnya yang elok macam ni memang dicipta untuk memecahkan hati," komen beberapa netizen.




Hakcipta iluminasi.com (2017)