Bukan semua selebriti dilahirkan dalam dunia glamor. Ada segelintir yang beruntung dilahirkan dalam keluarga kaya dan terkenal namun ada yang perlu bekerja keras selama bertahun-tahun sebelum menempa nama di Hollywood.

Kami kongsikan 8 selebriti terkenal ini yang pernah mempunyai kerjaya biasa dan hidup seperti orang kebanyakan sebelum dikenali:

1. Jay Z - Pengedar dadah

BESARKAN TEKS     A-  A+

Dia pernah menjadi pengedar dadah dan dia akui bahawa hakikat itu banyak membantunya dalam bidang perniagaan kini. Jay Z menerangkan yang dia mempunyai pengetahuan luas mengenai untung rugi dalam perniagaan kerana pernah berkecimpung menjadi seorang pengedar. Dalam urus niaga dadah, pengedar perlu tahu berapa banyak yang boleh dibelanjakan dan berapa banyak yang perlu digunakan sebagai pusingan modal.

2. Hugh Jackman - Guru Pendidikan Jasmani & Badut

pekerjaan selebriti sebelum menjadi terkenal hugh jackman

Selebriti yang lebih dikenali sebagai watak Wolverine ini pernah menjadi guru pendidikan jasmani di Uppingham School iaitu sekolah berasrama penuh di United Kingdom. Hugh Jackman juga pernah pada suatu ketika dahulu diupah menjadi badut untuk majlis-majlis dan mengenakan caj sebanyak $50 untuk setiap pertunjukan.

3. Johnny Depp - Jurujual pen dalam talian

pekerjaan selebriti sebelum menjadi terkenal johnny depp

Semasa berusia 16 tahun, Johnny Depp telah berhenti sekolah dan menyertai kugiran bernama The Kids. Akan tetapi, ketika itu dia masih bergelut untuk mendapatkan pendapatan tetap. Apabila menjangkau 20 tahun, dia memilih untuk berkahwin dengan seorang jurumekap bernama Lori Allison yang berumur 25 tahun. Masih di dalam kekangan kewangan, dia bersama ahli kugirannya begitu terdesak dan menjual pen secara dalam talian sehinggalah bertemu Nicolas Cage yang meyakinkan beliau untuk mencuba nasib dalam bidang lakonan.

4. Madonna - Juruwang Dunkin' Donuts

pekerjaan selebriti sebelum menjadi terkenal madonna

Sebelum menjadi Ratu Pop Dunia, Madonna bekerja sebagai juruwang dan menghidangkan makanan di Dunkin' Donuts Times Square, New York. Tetapi dia tidak bertahan begitu lama di situ kerana telah dipecat akibat menumpahkan donat jeli dan terkena pelanggan.

5. Brad Pitt - Maskot restoran makanan segera

pekerjaan selebriti sebelum menjadi terkenal brad pitt

Brad Pitt mungkin salah seorang lelaki paling seksi di Hollywood. Namun begitu dia pernah bekerja sebagai maskot ayam dan perlu menari sambil mengedarkan risalah dan kupon untuk menarik pelanggan datang ke Restoran El Pollo Loco. Dia ketika itu baru berhenti belajar dari Missouri University dalam bidang kewartawanan kerana ingin mengejar impiannya untuk menjadi seorang pelakon. Akibat masalah kewangan dan ingin membayar sewa bilik, dia sanggup bekerja sebagai maskot ayam di restoran berkenaan.

6. Julia Roberts - Pelayan Baskin Robbins

pekerjaan selebriti sebelum menjadi terkenal julia roberts

Artis yang mempunyai pendapatan jutaan dolar ini pernah bekerja di Baskin Robbins sebagai tukang cedok aiskrim. Akan tetapi, bukan Julia Robets sahaja, malah Presiden Barack Obama, Leeza Gibbons, Taryn Manning dan Eric Dane juga pernah bekerja di Baskin Robbins sebelum menjadi terkenal.

7. Nicole Kidman - Ahli terapi urut

pekerjaan selebriti sebelum menjadi terkenal nicole kidman

Tidak dinafikan Nicole adalah salah satu bakat besar dalam dunia lakonan. Tapi tahukah anda, sebelum menjadi pemenang anugerah Oscar, dia pernah bekerja sebagai ahli terapi urut semasa berusia 17 tahun? Nasib lebih tidak menyebelahi dirinya apabila ibunya menghidap kanser payudara dan dia terpaksa berhenti sekolah untuk membantu keluarganya.

8. Beyonce - Tukang sapu salun

pekerjaan selebriti sebelum menjadi terkenal beyonce

Beyonce pernah bekerja di beberapa tempat sebelum mendapat kerja impiannya sebagai penyanyi bertaraf dunia. Semasa membesar, dia pernah membantu di salun rambut milik ibunya, Tina. Beyonce mengumpul wang saku dengan menyapu rambut pelanggan. Ketika dia tidak menyapu, dia akan menyanyi.

Anda masih kerja biasa-biasa saja dan tak ada ramai peminat? Jangan putus asa. Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu.




Hakcipta iluminasi.com (2017)