Kebanyakan orang meninggalkan wasiat sama ada dalam bentuk wang atau aset kepada anak-anak atau ahli keluarga mereka yang terdekat. Ada juga wasiat yang mengandungi arahan dan syarat tertentu sebelum ia dapat diwarisi oleh pemilik yang sah.

Namun, ada juga yang meninggalkan wasiat tetapi dengan syarat yang cukup pelik sehingga membuatkan anda ketawa atau berasa hairan. Berikut adalah beberapa wasiat pelik yang pernah ditulis.

1. Wasiat William Shakespear

BESARKAN TEKS     A-  A+

Penulis drama terhebat dalam sejarah ini meninggal dunia pada April 1616 ketika berusia 52 tahun. Sebelum meninggal dunia, dia sempat menuliskan wasiatnya untuk keluarganya.

Dia mewasiatkan sebahagian besar asetnya kepada anak perempuannya bernama Susanna dan hanya meninggalkan katil kelamin dan beberapa perabot sahaja untuk isteri yang dikahwininya selama 34 tahun.

Pada hari ini, wasiat seperti ini boleh dicabar di mahkamah dan isterinya boleh menuntut lebih banyak harta tinggalan. Ini disebabkan wasiat Shakespear gagal menyediakan peruntukan kewangan yang munasabah kepada isterinya, Anne Hathaway.

2. Warisan Kepahitan

wellington burt

Seorang jutawan industri besi dan kayu balak dari Michigan bernama Wellington Burt telah meninggal dunia pada tahun 1919. Namun, tiada seorang pun ahli keluarga terdekatnya menerima harta tinggalan jutawan ini.

Burt telah meletakkan syarat dalam wasiatnya bahawa hartanya hanya boleh diserahkan 21 tahun selepas cucu terakhirnya meninggal dunia. Cucu terakhir Burt meninggal dunia pada tahun 1989 dan tempoh 21 tahun itu berakhir pada November 2010.

Seramai 12 orang dinamakan sebagai penerima wasiat Burt selepas 92 tahun kematian jutawan itu yang dianggarkan bernilai kira-kira USD 110 juta. Wasiat Burt ini mendapat julukan sebagai "Warisan Kepahitan".

3. Pewaris buku panduan telefon

buku panduan telefon

Seorang keturunan bangsawan Portugal bernama Luis Carlos de Noronha Cabral da Camara adalah seorang yang kaya tetapi tidak mempunyai anak.

Sebelum meninggal dunia, dia telah mengarahkan peguamnya untuk memilih 70 nama secara rawak daripada buku panduan telefon sebagai pewarisnya.

Selepas Luis Carlos meninggal dunia, peguamnya menghubungi 70 orang yang terpilih itu. Mereka terkejut dan tidak menyangka sama sekali tetapi amat gembira untuk menerima wang yang ditinggalkan sebanyak EUR 7,000 setiap seorang.

4. Pertandingan melahirkan anak

charles miller

Charles Millar adalah seorang ahli perniagaan dan peguam dari Toronto yang gemar membuat "prank". Apabila dia meninggal dunia pada tahun 1926, wasiatnya telah menjadi sesuatu yang menarik perhatian ramai.

Dalam wasiatnya, Millar mahu semua asetnya ditukar ke dalam bentuk wang dan diberikan kepada mana-mana wanita Toronto yang berjaya melahirkan anak seramai mungkin selama 10 tahun selepas kematiannya.

Wasiat ini menyebabkan ramai wanita di Toronto berlumba-lumba melahirkan anak. Akhirnya, keputusan seri di antara empat orang wanita yang melahirkan 9 orang anak. Mereka menerima USD 125,000 setiap seorang.

5. Pemujaan roh Harry Houdini

wasiat pelik pelik jutawan orang terkemuka terkenal harry houdini

Ahli silap mata terkenal ini meninggal dunia pada tahun 1926. Sebelum meninggal dunia, dia sempat menulis wasiat untuk diagihkan kepada pembantunya, ahli keluarganya dan Pertubuhan Ahli Silap Mata Amerika.

Houdini turut meninggalkan 1/6 daripada hartanya kepada isterinya iaitu Bess Houdini. Namun, dia menuntut agar Bess melakukan upacara pemujaan setiap tahun untuk berhubung dengan rohnya dari alam lain. Houdini turut menyediakan "kata laluan" sekiranya Bess berjaya menghubunginya.

Bess berhenti melakukan upacara pemujaan itu setelah 10 tahun gagal menghubungi mendiang suaminya. Namun, tradisi itu masih diteruskan orang ramai memandangkan Houdini meninggal dunia pada hari sambutan Helloween.

6. Anjing jutawan

leona helmsley

Jutawan perhotelan Leona Helmsley pernah digelar sebagai "Ratu Kejam" kerana sering bersikap kejam terhadap pekerjanya dan pernah dipenjara kerana penipuan cukai.

Namun, dia lebih terkenal setelah meninggal dunia pada tahun 2007 kerana meninggalkan wasiat sebanyak USD 12 juta kepada anak anjingnya bernama Trouble.

Jumlah yang diterima anjingnya itu lebih banyak berbanding dua orang cucunya. Cucu-cucunya mencabar wasiat itu di mahkamah. Hakim kemudian memutuskan Trouble hanya menerima sebanyak USD 2 juta sahaja dan selebihnya diberikan kepada cucu Leona.

7. Perpustakaan tanpa wanita

t m zink

Pada tahun 1930, seorang peguam dari Iowa bernama T.M. Zink telah meninggal dunia. Apabila wasiatnya dibacakan, ahli keluarganya sangat terkejut.

Zink hanya meninggalkan USD 5 kepada anak perempuannya dan tidak meninggalkan apa-apa untuk isterinya. Semua hartanya yang lain diwasiatkan kepada sebuah perpustakaan khas untuk lelaki sahaja.

Perpustakaan itu hanya menyimpan buku-buku yang ditulis oleh lelaki sahaja dan tiada wanita yang dibenarkan untuk memasukinya. Mujurlah, wasiat Zink itu berjaya dicabar oleh ahli keluarganya di mahkamah.

8. Dilarang simpan misai

misai hipster

Seorang hartanah dan pelabur dari London bernama Henry Budd telah meninggalkan wasiat kepada dua orang anak lelakinya bernama William Budd dan Edward Budd.

Namun, Hendry Budd mengenakan satu syarat pelik terhadap harta yang bakal diwarisi anak-anaknya. Syaratnya ialah William dan Edward dilarang sama sekali untuk menyimpan misai.

Sekiranya ada di antara mereka yang menyimpan misai, semua harta yang diwarisi akan ditarik balik dan diberikan kepada saudara yang seorang lagi. Mungkin, Henry Budd tahu bahawa "misai lentik" akan menjadi trend hipster di masa hadapan dan tidak mahu keturunannya berbuat demikian.




Hakcipta iluminasi.com (2017)