Sepertimana yang kita ketahui, China merupakan negara kedua dalam dunia dengan kuasa membeli paling tinggi selepas Amerika Syarikat. Pada tahun 2017, China telah mencatatkan GDP atau kuasa membeli keseluruhan negara mencecah sehingga RM 95.61 trillion. 

syarikat yang di beli oleh china

BESARKAN TEKS     A-  A+

Jumlah ini juga termasuk pembelian dan pelaburan mereka di luar negara. Banyak syarikat terkenal di barat yang sudahpun diambil alih atau dibeli oleh syarikat dari China. Berikut adalah senarai beberapa syarikat barat yang menjadi milik pelabur dari China.

1. Volvo

volvo

Syarikat yang berasal dari Sweden ini terkenal dengan keretanya yang mempunyai ciri keselamatan dan daya ketahanan yang tinggi. Volvo yang diasaskan pada tahun 1927 ini menghasilkan pelbagai kenderaan mewah jenis SUV, station wagon, sedan dan juga compact executive sedan.

Syarikat ini mempunyai lebih dari 2,500 pengedar di seluruh dunia. Pada 2009, syarikat kereta Ford telah mengambil alih syarikat Volvo sebelum menjualnya kepada kepada Zhejiang Geely Holding Group dengan harga RM5.44 billion pada tahun 2010.

2. Teksi London

teksi hitam london

Syarikat yang sama membeli Volvo iaitu Zhejiang Geely Holding Group telah membeli The London Taxi Company pada tahun 2013. Pada ketika itu, syarikat Manganese Bronze yang menguruskan teksi hitam terkenal Britain ini telah mengalami masalah berhadapan dengan muflis sebelum diselamatkan dengan pembeliannya pada harga RM 59.8 juta.

3. Weetabix

bijirin weetabix

Weetabix merupakan syarikat pengeluar makanan bijirin kedua terbesar di United Kingdom. Antara produk terkenal syarikat ini adalah bijirin sarapan klasik seperti Ready Brek dan Alpen.

Pada tahun 2012, syarikat ini telah diambil alih oleh syarikat Bright Foods yang berpengkalan di Shanghai, China dengan harga RM 6.55 billion dan menjadi pemegang saham terbesar syarikat Weetabix dengan pegangan sebanyak 60%.

4. GE Appliances

peralatan rumah ge appliances

GE Appliances adalah salah satu syarikat terkenal Amerika yang menghasilkan peti sejuk, mesin basuh dan beberapa alatan isi rumah yang lain. Namun, syarikat yang berpangkalan di Lousville, Kentucky ini telah dibeli oleh syarikat alatan isi rumah dari China iaitu Haier dengan harga RM 23.45 billion pada awal tahun 2016.

5. Cerruti

iklan cerruti 1881

Cerruti adalah sebuah syarikat fesyen yang ditubuhkan di Paris pada tahun 1967 oleh seorang pereka fesyen Itali iaitu Nino Cerruti. Akan tetapi, syarikat ini sebenarnya telah diasaskan oleh datuk Nino sendiri pada tahun 1881 ketika menubuhkan syarikat tekstil Lanificio Fratelli Cerruti di Biella, Itali.

Syarikat yang menjadi pengeluar kepada pakaian mewah, minyak wangi, barangan kulit, jam dan aksesori ini telah dijual kepada syarikat Trinity yang berpangkalan di Hong Kong pada tahun 2010 dengan harga RM 306.4 juta.

6. Motorola

motorola lenovo

Motorola adalah sebuah syarikat telekomunikasi Amerika yang diasaskan pada 25 September 1928 di Schaumburg, Illinois. Setelah mengalami kerugian sebanyak RM 17.8 billion dari tahun 2007 hingga 2009, syarikat ini telah terbahagi kepada dua syarikat bebas dan berasingan iaitu Motorola Mobility dan Motorola Solutions pada 4 Januari 2011.

Pada tahun 2014, syarikat pengeluar komputer Lenovo dari China telah membeli Motorola Mobility dengan harga RM 12 billion. Motorola Mobility menggunakan logo berwarna merah dan khusus dalam pengeluaran telefon pintar manakala Motorola Solutions pula memakai logo berwarna biru dan khusus dalam pengeluaran radio kawalan jauh polis dan pelbagai peralatan perhubungan yang lain.

7. Inter Milan

inter milan 311

Pada tahun 2013 kelab bolasepak Inter Milan telah menjual sebahagian besar sahamnya kepada seorang hartawan Indonesia bernama Erick Thohir yang memegang 70% daripada saham kelab itu.

Kemudian pada tahun 2016 pula saham Thohir dan ahli keluarga Moratti yang memegang 29.5% saham syarikat telah diambil alih oleh Suning Holdings Group yang berpangkalan di Nanjiang yang melabur sebanyak RM 1.26 billion dan mawakili 69% daripada saham syarikat.

8. Pirelli

pirelli

Syarikat ini ditubuhkan di Milan, Itali pada tahun 1872 oleh Giovanni Battista Pirelli. Syarikat ini terkenal sebagai pengeluar tayar ekslusif dan digunapakai di dalam perlumbaan F1 untuk sekian lama.

Pada tahun 2015, sebuah syarikat iaitu China National Chemical Corporation telah membeli Pirelli dengan harga RM 33.1 billion dan mencatat rekod sebagai pembelian syarikat Italy terbesar oleh syarikat milik China.

9. Tommee Tippee

tommee tippee

Tommee Tippee merupakan salah satu jenama bayi yang terkenal di dunia dan merupakan jenama bayi nombor satu di United Kingdom. Antara produk terkenal syarikat ini adalah botol susu bayi yang dikenali kerana ketahanannya.

Pada awal tahun 2016, syarikat Tommee Tippee dan syarikat induknya iaitu Mayborn Group telah dibeli oleh sebuah syarikat insuran Ping An dari China dengan harga RM 1.63 billion.

10. Club Med

club med

Syarikat yang sebelum ini dikenali dengan nama Club Méditerranée SA merupakan sebuah syarikat yang mempunyai pengkhususan dalam pakej percutian di serata dunia. 

Syarikat yang beribu pejabat di Perancis ini telah dibeli oleh syarikat dari China iaitu Fosun International pada tahun 2015 dengan harga sebanyak RM 4.68 billion.

11. MG Motor

logo mg motor

MG Motor merupakan sebuah syarikat pengeluar kenderaan dari United Kingdom yang beribu pejabat di Longbridge, Birmingham. Syarikat ini diselamatkan oleh SAIC Motor dari Shanghai pada tahun 2005 dengan pembelian sebanyak RM 255 juta setelah syarikat induknya iaitu MG Rover jatuh muflis.

Pada tahun 23 September 2016, SAIC Motor telah menutup kilang pengeluaran MG di Longbride dan memindahkan kesemua operasinya ke China.

12. PizzaExpress

pizzaexpress

Syarikat PizzaExpress ini ditubuhkan pada tahun 1965 oleh Peter Boizot dan merupakan salah satu restoran pizza paling terkenal United Kingdom. Restoran ini mempunyai sebanyak 470 cawangan di serata UK dan lebih 100 lagi di serata Eropah, China, India dan juga Timur Tengah.

Pada tahun 2014, kumpulan syarikat pizza ini telah dijual kepada syarikat ekuiti yang berpangkalan di China iaitu Hony Capital dengan harga sebanyak RM 4.89 billion.

13. Ironman

ironman triathlon

Ironman terkenal sebagai salah satu perlumbaan Traithlon terkenal dunia. Pada asalnya jenama Ironman ini telah diasaskan oleh Hawaii Triathlon Corporation dan dijual kepada World Triathlon Corporation.

Selepas itu syarikat World Triathlon Corporation telah dibeli pula oleh Providence Equity Securities dengan harga RM 351.6 juta. Pada tahun 2015 pula, sebuah syarikat dari China iaitu Dalian Wanda Group pula telah membeli syarikat Providence Equity Partners LLC dengan harga RM 3.99 billion sekaligus menjadi pemilik kepada jenama Ironman ini.

Rujukan:

1. MSN

2. Love Money

3. Fortune




Hakcipta iluminasi.com (2017)