Semasa patung Barbie mula diperkenalkan pada tahun 1959, ia dijual pada harga 3 dolar sahaja setiap satu. Kini, sebuah patung Barbie boleh didapati dengan harga sekitar 10 dolar.

Namun, ada model patung yang harganya makin meningkat saban tahun. Patung asli dengan nama penuh Barbie Millicent Roberts berambut perang yang berpakaian renang hitam putih ini boleh mencecah harga sehingga USD 5,800 (RM 22,692). Mari kita lihat beberapa patung Barbie lain yang dijual pada harga yang tak masuk akal: 

BESARKAN TEKS     A-  A+

1. TOTALLY HAIR BARBIE

patung barbie paling mahal termahal dalam dunia jual 5ca65

Dikeluarkan pada tahun 1992, patung keluaran syarikat Mattel yang diberi nama Totally Hair Barbie ini mempunyai rambut yang panjang hingga mencecah kakinya. Terjual hampir sebanyak 10 juta unit, Totally Hair ini adalah patung Barbie terlaris sepanjang zaman. Banyak patung berambut perang dan merah ini yang masih sempurna di dalam kotak dijual di eBay dengan harga permulaan sekitar $50 (RM195).

2. VINTAGE BENDABLE BARBIES

patung barbie paling mahal termahal dalam dunia jual 5ca96

Patung Barbie yang kelihatan lebih mirip seperti manusia kerana badannya yang boleh dilenturkan ini mula dikeluarkan pada tahun 60-an. Walaupun hanya lututnya sahaja yang boleh dibengkokkan, ia sudah cukup meyakinkan pengumpul patung ini bahawa ia boleh berjalan (walaupun patung Barbie hari ini boleh dilentur seperti melakukan yoga).

Sebuah patung Barbie model ini (dengan keadaan sebelah kaki sahaja yang masih boleh dilenturkan) telah dilelong pada harga permulaan $400 (RM1,565). Patung yang sempurna mungkin boleh mencecah sehingga $3,000 (RM11,737).

3. CHRISTIE DOLLS

patung barbie paling mahal termahal dalam dunia jual 5ca70

Patung Christie yang dikeluarkan pada tahun 1968 ini adalah versi yang boleh bercakap. Patung berimej wanita Afrika-Amerika ini sangat laku dan menjadi sebahagian daripada keluarga Barbie sehingga sekarang. Patung Barbie Superstar Christie keluaran 1976 yang masih sempurna di dalam kotaknya dijual pada harga $878 (RM3,423) sebuah. Jauh berpuluh kali ganda lebih tinggi daripada harga asalnya ketika ia diperkenalkan.

4. MISS BARBIE

miss barbie 1964 patung barbie paling mahal termahal dalam dunia jual

Pada tahun 1964, syarikat Mattel memperkenalkan patung model “Miss Barbie”. Patung ini dijual bersama tiga rambut palsu dan pakaian renang yang boleh ditukar-tukar. Ia juga mempunyai mata yang boleh ditutup seakan-akan sedang tidur jika dibaringkan. Pada awal pengeluarannya, Miss Barbie tidaklah mendapat sambutan yang hangat, namun satu set lengkap (3 rambut, 3 baju renang, buaian pantai dan majalah) telah terjual pada harga $1,000 (RM3,912).

5. VINTAGE "PONYTAIL" BARBIES

patung barbie paling mahal termahal dalam dunia jual 5ca76

Pada awal pengeluarannya, tujuh model yang diperkenalkan antara 1959 – 1965 ini tidak mempunyai rambut yang panjang untuk disikat atau didandan. Model lama yang mempunyai rambut ekor kuda ini merupakan patung buatan Jepun. Salah satu patung Barbie berambut ekor kuda yang boleh digoyangkan ke kiri dan kanan ini dijual pada harga $800 (RM 3,129) secara dalam talian.

6. MY SIZE BARBIE

patung barbie paling mahal termahal dalam dunia jual

Patung My Size Barbie ini menjadi kegilaan pada pertengahan tahun 90-an. Saiznya yang berukuran 3 kaki (91cm) ini adalah versi patung Barbie yang sangat diminati kerana kanak-kanak boleh bermain dengannya sambil berdiri atau berjalan. Hari ini, banyak patung ori berpakaian gaun pengantin ini boleh didapati secara dalam talian. Harga bermula serendah $200 (RM782) dan ke atas.

7. VINTAGE COLOR MAGIC BARBIE

patung barbie paling mahal termahal dalam dunia jual 5ca10

Pada tahun 1966 dan 1967, Mattel telah mengeluarkan patung Color Magic Barbie. yang dijual dalam dua versi iaitu berambut hitam atau perang. Ia juga disertakan dengan bahan pewarna rambut untuk mengubah rambutnya menjadi kemerah-merahan. Patung ini juga kelihatan lebih banyak solekan berbanding yang sebelumnya. Satu set lengkap patung tulen berserta aksesorinya boleh mencecah sehingga $700 (RM2,738). Walaupun begitu, tidak dapat dipastikan jika bahan pewarna asli yang berusia hampir 50 tahun itu masih boleh digunakan atau tidak.

Harga yang disebut di atas adalah berdasarkan harga pasaran di Amerika. Jika anda yang berada di Malaysia ingin membelinya, mungkin harga setiap satu boleh menjadi lebih tinggi kerana melibatkan kos penghantaran dan cukai.

Persoalannya, sanggupkah anda membayar mahal-mahal begitu untuk 'seorang' Barbie?




Hakcipta iluminasi.com (2017)