Siapa yang tidak kenal permainan patung kanak-kanak Barbie? Permainan patung popular dalam kalangan kanak-kanak perempuan ini rupanya sudah hampir 60 tahun wujud. Ianya secara rasmi dilancarkan pada tahun 1959 oleh syarikat Mattel Inc. Permainan Barbie ini agak berlainan daripada patung permainan lain kerana ianya mengetengahkan pelbagai jenis fesyen pada setiap karakter yang diciptanya.

Mari ketahui serba sedikit sejarah mengenai Barbie. 

BESARKAN TEKS     A-  A+

1. Seorang usahawan wanita, Ruth Handler adalah orang yang bertanggungjawab mencipta karakter Barbie. Walau bagaimanapun, idea Barbie bukanlah miliknya. Beliau mendapat inspirasi daripada patung Bild Lili ketika sedang bercuti di Eropah bersama anak-anaknya. Pada mulanya beliau mengutarakan ideanya untuk memcipta sebuah patung permainan seperti Bild Lili kepada suaminya yang ketika itu bekerja dengan syarikat Mattle namun beliau menolaknya. Kemudian, Handler membeli 3 patung Bild Lili tersebut dan menunjukkan kepada suaminya. Suaminya tertarik dengan ideanya dan syarikat Mattel kemudiannya membeli hakcipta Bild Lili dan membangunkan jenama Barbie sehingga terkenal di seluruh dunia. 

2. Nama Barbie itu sendiri sebenarnya sempena mengambil nama anak Ruth Handler, iaitu Barbara. Sementara itu, karakter patung lelaki, Ken yang terdapat dalam koleksi permainan Barbie pula adalah sempena anak lelakinya, Kenneth. Karakter-karakter lain dalam koleksi permainan Barbie adalah sempena nama ahli keluarganya yang lain seperti Skipper, Tutti, Todd dan lain-lain lagi.

3. Warna rasmi Barbie adalah merah jambu dengan rambut perang. Sejak 2016, bagi menaikkan jualan yang semakin merudum mereka memperkenalkan pelbagai variasi tona warna kulit dan rambut pada patung Barbie. Ini juga bagi mengubah tanggapan dan stereotaip masyarkat terhadap Barbie yang seolah-olah mengagumkan orang yang berkulit putih dan berambut perang.

4. Sepanjang lebih 50 tahun dalam pasaran, telah banyak kontroversi dan kes saman yang diterima pihak Barbie. Pada awalnya, ramai ibu bapa yang memberikan kritikan terhadap bentuk tubuh Barbie yang seolah-olah sengaja menonjolkan bentuk dada. Pihak Mattle mencipta patung Barbie pada skala 1/6, skala yang biasa digunakan untuk patung figura aksi. 

5. Barbie telah membuat banyak kerjasama dengan pelbagai artis popular terutamanya artis daripada Hollywood. Antara artis yang pernah bekerjasama termasuklah Elizabeth Taylor dan Lindsay Lohan. 

6. Pada awalnya, Barbie hanyalah sebuah karakter seorang remaja wanita. Kemudian, Mattel memperkenalkan Barbie dengan pelbagai karakter lain seperti sebagai seorang krew penerbangan, angkasawan, pelakon, pengacara, penyanyi, tukang masak, polis dan banyak lagi. Sehingga kini dikatakan terdapat lebih 108 karakter Barbie yang telah dihasilkan. 

karakter barbie pelbagai kerjaya

7. Barbie bukanlah sebuah patung permainan semata-mata. Ianya juga telah dijadikan medium pemasaran design dan fashion terkini oleh syarikat-syarikat terkemuka. 

8. Pada 2001, syarikat MGA Entertainment telah melancarkan Bratz, yang menjadi saingan sengit pada Barbie. Menjelang 2004, angka jualan Bratz di UK sudah melebihi jualan Barbie. Selain itu, pada 2005 pula, jualan Barbie di Amerika Syarikat juga menunjukkan penurunan sebanyak 30% akibat saingan daripada Barbie. Sepanjang 2005 hingga 2011, banyak kes saman-menyaman telah terjadi antara kedua syarikat ini terutamanya yang berkaitan hak cipta.

patung permainan bratz

Kredit:

  1. WikiPedia
  2. Mental Floss
  3. Mental Floss



Hakcipta iluminasi.com (2017)