Sudah pasti ramai orang teringin untuk menjadi rakyat Jerman kerana mampu berjalan ke 176 buah negara tanpa visa hanya dengan menggunakan pasport negara itu.

Tapi, walaupun pasport Jerman merupakan pasport paling berkuasa, ada satu pasport ini dikatakan lebih unik kerana ia amat eksklusif dan hanya dikeluarkan kepada 500 pemegang sahaja.

Pasport yang dimaksudkan adalah keluaran Sovereign Military Order of Malta.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Mesti anda tertanya-tanya, ini negara baru pulakah? Tak pernah dengar pun.

Bagi anda yang tidak tahu, Order of Malta ini merupakan sebuah institusi ketenteraan Katolik Rom yang berpegang pada moto "Mempertahankan kepercayaan Katolik dan membantu mereka yang memerlukan." Orde ini berada di bawah sistem pemerintahan monarki yang dipimpin oleh Putera Raja dan Grand Master.

order of malta sovereign vatican rome pasport paling unik eksklusif

Institusi ini aktif di lebih 120 buah negara di mana ia menyalurkan bantuan kemanusiaan melalui bantuan perubatan, sosial dan lain-lain. 

Walaupun ia bukanlah sebuah negara, tetapi ia merupakan sebuah institusi berdaulat yang mempunyai hubungan diplomatik dengan 106 buah negara, mendapat status pemerhatian tetap oleh Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu, memeterai perjanjian, mengeluarkan pasport, duit syiling dan setemnya sendiri.

order of malta sovereign vatican rome pasport paling unik eksklusif 2

Pasport yang dikeluarkan oleh institusi ini terhad kepada 500 pemegang sahaja dalam dunia, menjadikannya pasport paling eksklusif untuk dimiliki. Pasport diplomatik ini hanya diberikan kepada ahli Majlis (kerajaan), ketua-ketua dan ahli Misi Diplomatik dan beberapa tokoh kanan yang terlibat dalam misi khas.

Pasport ini lebih eksklusif kerana ia hanya sah sepanjang tempoh tugasan dan misi yang diperintahkan oleh institusi dengan tempoh maksima selama 4 tahun. Kesemua 106 negara yang mempunyai hubungan diplomatik dengan Sovereign Military Order of Malta menerima pasport ini sebagai bentuk pengenalan diri yang sah.

syiling dan setem

Buat masa sekarang, orde ini merangkumi 13,500 orang kesatria, dame dan paderi-paderi tentera. Itu belum termasuk 80,000 sukarelawan tetap dan juga 25,000 pekerja. 

Jadi, walaupun anda berada dalam sistem tersebut, belum tentu lagi dapat merasa pegang pasport ini. Memang rare dan eksklusif!

Rujukan:

1. Independent UK

2. Wikipedia




Hakcipta iluminasi.com (2017)