Perasan atau tidak, pasport di seluruh dunia hanya diperbuat daripada 4 warna, iaitu biru, merah, hijau dan hitam.

Anda mungkin mengandaikan bahawa ini adalah kerana terdapat peraturan yang mengawal pasport warna yang dibenarkan, tetapi sebenarnya tiada peraturan rasmi yang menentukan warna pasport apa yang boleh diterima.

Malah, sebenarnya tiada langsung peraturan mengenai bagaimana rupa bentuk pasport sama sekali, yang ada hanyalah cadangan.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Organisasi Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO) membuat cadangan tentang jenis reka bentuk, saiz dan jenis huruf di dalam panduan mereka bagi dokumen perjalanan yang boleh dibaca oleh mesin (MRTD), kategori yang mana termasuk dengan pasport.

Walaubagaimanapun, terdapat beberapa peraturan tertentu dalam dokumen ini, iaitu pasport mesti diperbuat daripada bahan yang boleh melengkung (tidak kedut) dan masih boleh dibaca oleh mesin pada suhu antara -10 hingga 50° C serta pada kelembapan udara relatif antara 5 hingga 95%.

passport malaysia

Meskipun pasport hanya datang dalam empat warna ini, ada banyak variasi dalam julat warna sebenarnya.

Banyak negara memilih warna biru, merah dan hijau yang lebih gelap. Alasan ke atas pilihan warna yang sangat terhad ini adalah seperti yang anda fikirkan, iaitu negara-negara memilih warna yang ringkas dan gelap ini kerana ia kelihatan rasmi.

Cuba bayangkan pasport anda berwarna merah jambu, sudah tentu ia tidak begitu kelihatan birokrasi.

Warna gelap juga cenderung memperlihatkan kekotoran dan kerosakan. Jika pasport berwarna putih, sudah tentu ia mudah kotor,bukan?

Anthony Philbin, ketua pegawai komunikasi ICAO, mengesahkan kepada bahawa apabila berkenaan dengan pasport, tidak ada apa yang menentukan warna kulit pasport.

Pada dasarnya, tidak ada yang menghalang Amerika Serikat daripada membuat pasport mereka berwarna hijau.

1514440037058

William Waldron, naib presiden produk keselamatan di Holliston, LLC (yang membuat pasport untuk lebih daripada 60 buah negara) memberitahu bahawa mereka boleh mengeluarkan pasport dalam "apa sahaja warna yang ada dalam buku Pantone."

Namun, biasanya terdapat makna di sebalik warna mana yang dipilih oleh sesebuah negara.

Sebagai contoh, kebanyakan negara Islam menggunakan pasport hijau kerana warna ini penting bagi agama.

Walaupun majoriti pasport yang dikeluarkan di Amerika Syarikat pada hari ini berwarna biru, perubahan berlaku pada tahun 1976 sebagai sebahagian daripada perayaan ulang tahun 200 tahun.

Sebelum itu, dari tahun 1941 hingga 1976, pasport Amerika berwarna hijau dan warna hijau mula digunakan kembali bermula antara tahun 1993 dan 1994 serta termasuk dengan penghormatan istimewa kepada Benjamin Franklin. 




Hakcipta iluminasi.com (2017)