Setiap kali ke stesyen minyak, anda pastinya perasan bahawa hanya kenderaan-kenderaan besar seperti van, lori, bas dan yang seumpanya sahaja yang akan mengisi minyak diesel. Bagi kereta, motorsikal dan kenderaan kecil lain, kesemuanya menggunakan minyak petrol.

Pernahkah anda tertanya-tanya, mengapakah hanya kenderaan-kenderaan besar sahaja yang menggunakana minyak diesel? Mengapa tiada kenderaan kecil menggunakan diesel?

BESARKAN TEKS     A-  A+

Kami cuba mencari jawapan terhadap persoalan yang nampak mudah tetapi sukar dijawab ini dan kali ini pihak Iluminasi ingin berkongsi dengan para pembaca kami secara ringkas jawapan terhadap persoalan di atas.

Kenapa diesel menjadi pilihan kenderaan besar?

enjin diesel dan petrol

Diesel dan petrol kedua-duanya merupakan produk sampingan daripada penapisan minyak mentah, tetapi kedua-duanya mempunyai ciri pembakaran yang agak berbeza. Perbezaan inilah yang menyebabkan dalam sesetengah keadaan diesel lebih menjadi pilihan berbanding petrol.

Diesel lebih kondusif untuk kenderaan yang lebih berat dan memahami fizik pembakaran antara kedua bahan bakar akan membantu menjelaskan mengapa diesel menjadi pilihan untuk kenderaan berat. 

1. Nisbah mampatan yang lebih tinggi

Diesel dinyalakan oleh pemampatan, berbeza daripada "percikan api" pada mesin yang menggunakan petrol. Nisbah mampatan yang lebih tinggi memastikan kecekapan terma yang lebih tinggi dan pembakaran bahan api yang lengkap.

Kenderaan besar biasanya banyak melakukan perjalanan jarak jauh beratus-ratus kilometer dan oleh itu, memerlukan bahan api yang tahan lebih lama agar mereka tidak perlu kerap berhenti untuk mengisi minyak. Ciri ini memudahkan kenderaan diesel kerana mereka sering melintasi kawasan di mana bahan bakar mungkin tidak mudah didapati.

2. Bahan bakar yang perlahan

Menggerakkan beban yang berat badan menggunakan banyak tenaga. Pembakaran diesel yang perlahan memastikan bahawa tenaga ini tersedia sebagai tork pada kenderaan, walaupun pada kelajuan rendah.

Ini menjadikan bahan bakar diesel kondusif untuk kenderaan besar yang membawa beban berat dan melalui keadaan jalan yang ada kalanya mencabar. 

3. Bahan api padat tenaga

Walaupun mempunyai nilai kalori yang setara dengan petrol, diesel lebih padat tenaga, yang bermaksud ianya menghasilkan lebih banyak tork.

4. Reka bentuk enjin

Enjin diesel direka untuk memanfaatkan tiga ciri di atas. Enjin tersebut direka untuk mempunyai bore dan stroke yang lebih panjang dan sering dibantu oleh pengecasan turbo untuk memaksimumkan tork yang tersedia pada kenderaan.

Jadi, mengapa kenderaan yang lebih kecil tidak dapat memanfaatkan kelebihan-kelebihan yang terdapat pada minyak diesel ini?

Mengapa diesel tidak sesuai untuk kenderaan kecil?

maintenance kenderaan

Berdasarkan hujah di atas, sudah jelas bahawa diesel adalah bahan bakar yang mempunyai beberapa kelebihan berbanding petrol. Walau bagaimanapun, enjin diesel juga mempunyai beberapa kelemahan yang menjadikannya tidak sesuai untuk digunakan pada kereta yang lebih kecil.

1. Tahap kebisingan, getaran dan kekerasan yang lebih tinggi

Oleh kerana nisbah mampatan yang lebih tinggi, enjin diesel menghasilkan bunyi dan getaran yang lebih kasar dan keras. Walaupun ini tidak memberi kesan yang signifikan pada kenderaan berat, kerana magnitufnya yang besar, ia boleh menjadi risiko atau bahaya untuk kenderaan yang lebih kecil.

Namun, banyak pengeluar kenderaan telah menghasilkan enjin diesel mereka untuk digunakan pada kereta yang lebih kecil. Kenderaan seperti jip, SUV, pacuan empat roda dan seumpamanya mempunyai enjin yang direkabentuk khas untuk menggunakan diesel. Disebabkan itu, enjinnya lebih mahal dan tidak ekonomikal untuk kenderaan kecil lain. 

2. Kos penyelenggaraan yang lebih tinggi

Mesin yang mengalami getaran tinggi lebih cepat mengalami "wear and tear" dan boleh gagal sebelum waktunya. Kegagalan ini juga dikenali sebagai 'keletihan'. Untuk enjin diesel, komponennya mesti direkabentuk untuk menahan tahap bunyi dan getaran yang lebih tinggi. 

Ini meningkatkan kos penyelenggaraan dengan ketara. Perlu diingat bahawa walaupun enjin diesel memerlukan penyelenggaraan lebih jarang, sebarang kelebiht yang diperoleh ini diimbangi oleh kos yang tinggi untuk keperluan penyelenggaraan kenderaan diesel. 

Ini menjadikan enjin diesel kurang popular di kalangan pemilik kereta kecil yang objektif penggunaan kenderaan adalah pengangkutan yang ekonomik.

3. Masalah berkaitan pelepasan asap kenderaan

Walaupun mempunyai kecekapan yang lebih besar dibandingkan dengan mesin petrol, enjin diesel mengeluarkan nitrogen oksida (NOx) berbahaya yang terkenal sebagai penyebab kegagalan pernafasan. Tidak seperti enjin petrol yang dapat meneutralkan gas ini dalam sistem ekzos, enjin diesel tidak mempunyai sistem yang berkesan untuk masalah ini.

Enjin diesel yang lebih lama dikaitkan dengan pembuangan gas NOx yang lebih besar di atmosfera. Berikutan masalah ini, banyak kerajaan telah mengambil langkah untuk melarang kenderaan diesel yang berusia lebih dari 10 tahun. Denda dan cukai yang berkaitan dengan pelepasan asap ini turut menyebabkan enjin diesel tidak popular untuk penggunaannya pada kereta kecil.

Untuk mudah memahami persoalan utama artikel ini, kita boleh melihat bahawa enjin diesel dibangunkan untuk kekuatan manakala mesin petrol dibangunkan untuk mendapatkan kelajuan dan kecepatan kenderaan. Bergantung pada keperluan kenderaan tersebut, enjin terbaik akan dipasang.

Kredit:

  1. Scientific American
  2. Popular Mechanics
  3. Science ABC



Hakcipta iluminasi.com (2017)