Sejak tahun 2014, warganegara Jerman memegang pasport yang paling berkuasa dalam dunia.

Pemeringkatan kedudukan kuasa pasport yang dibuat oleh sebuah firma kerakyatan dan perancangan Henley & Partners itu meneliti bilangan negara yang boleh dilawati tanpa memohon sebarang visa.

pasport paling berkuasa dalam dunia jerman

BESARKAN TEKS     A-  A+

Rakyat Jerman boleh melawat ke 176 buah negara dan wilayah tanpa visa daripada 218 lokasi secara keseluruhan.

Negara jiran kita, Singapura tidak kurang hebat kerana berkongsi tempat ke-4 bersama 8 buah negara dari benua Eropah lain dengan jumlah 173 buah negara yang boleh dilawati tanpa visa.

Paling menyedihkan ialah rakyat Syria, Pakistan, Iraq, Afghanistan dan negara Afrika yang berada di kedudukan paling bawah. Masing-masing hanya boleh mengakses kurang daripada 30 buah negara sahaja tanpa perlu memohon visa.

rakyat jerman boleh melawat banyak negara tanpa visa pasport paling berkuasa 450

Walaupun manusia semakin mudah mengembara dan setiap negara saling bergantung antara satu sama lain, masih terdapat jurang yang besar dalam kebebasan perjalanan antara negara.

Secara umumnya, visa melambangkan pertalian antara dua buah negara dan mengambil kira hubungan diplomatik, risiko keselamatan, ketimbalbalikan visa dan risiko pelanggaran peraturan imigresen serta visa.

pasport asia tenggara

Jadi, bersyukurlah anda pemegang pasport Malaysia. Untung tau boleh melawat 164 wilayah dan negara tanpa visa.

Dalam banyak-banyak 164 negara dan wilayah itu, anda dah pernah jejak kaki ke berapa buah negara?

Rujukan:

1. Henley & Partners Visa Index

2. Business Insider

3. Telegraph UK




Hakcipta iluminasi.com (2017)