Dalam kajian pengimejan fungsi otak, Klinik Amen dari Newport Beach, California baru-baru ini melakar sejarah apabila mengkaji dan membandingkan 46,034 imbasan tomografi komputer emisi foton tunggal (SPECT) yang dikumpul daripada sembilan buah klinik untuk mengetahui perbezaan antara otak lelaki dan wanita.

Kajian yang diterbitkan dalam Journal of Alzheimer's Disease itu dikatakan sangat penting untuk memahami perbezaan otak mengikut jantina. Perbezaan kuantitatif yang diperolehi membolehkan penyelidik mengkaji risiko gangguan penyakit otak seperti Alzheimer mengikut jantina. Teknologi dan peralatan pengimejan seperti SPECT membolehkan rawatan dan ubatan yang tepat bagi pesakit pada masa hadapan.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Apa yang menarik, semasa kajian ini dijalankan, pasukan penyelidik mendapati minda wanita rata-rata lebih aktif di lebih banyak kawasan otak berbanding orang lelaki terutama sekali di bahagian korteks prafrontal yang melibatkan tumpuan dan kawalan impuls, pergerakan anggota serta kawalan mood atau emosi. Manakala orang lelaki pula lebih cenderung aktif di bahagian pusat visual dan koordinasi.

wanita otak lebih aktif berbanding lelaki

Subjek kajian yang terlibat dalam penyelidikan ini termasuklah 119 orang sukarelawan yang sihat dan juga 26,683 pesakit dengan pelbagai keadaan psikiatrik seperti trauma, gangguan bipolar, skizofrenia dan ADHD. Sebanyak 128 kawasan otak dianalisis dalam keadaan subjek semasa berada di garis dasar dan semasa melakukan tugasan yang memerlukan konsentrasi.

Keputusan kajian ini amat penting kerana gangguan otak memberikan kesan kepada lelaki dan wanita secara berbeza. Ini disebabkan wanita mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk mendapat Alzheimer, kemurungan dan keresahan manakala orang lelaki pula lebih berisiko untuk mendapat ADHD dan berisiko mempunyai masalah perilaku sehingga ramai yang dimasukkan ke penjara.

Penemuan kajian mendapati lebih banyak peredaran darah berlaku di kawasan korteks prafrontal wanita berbanding lelaki. Ini mungkin menjelaskan kenapa orang perempuan lebih banyak mempamerkan emosi, empati, kawalan diri dan kebimbangan.

otak wanita vs otak lelaki

Peredaran darah yang lebih banyak di kawasan limbik otak pula menjelaskan mengapa wanita lebih terdedah untuk mengalami gangguan keresahan, insomnia dan kecelaruan makan.

Mungkin sebab itu jugalah secara majoritinya orang perempuan dikatakan lebih complicated daripada orang lelaki. Setuju?

Rujukan: IOS Press




Hakcipta iluminasi.com (2017)