Dunia sukan antarabangsa kini sedang berhadapan satu polemik unik ekoran kemunculan atlet transgender, yang menyebabkan kategori atlet khasnya kategori wanita - mula disertai oleh 'bekas lelaki.'

Bagi segelintir individu serta kumpulan feminis ekstrim yang mempertahankan perubahan ini, mereka bukan saja menggalakkan penyertaan sebegini bahkan mula lantang mencadangkan agar sukan mula dipertandingkan tanpa mengambil kira jantina.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Bagi mereka kemampuan atlet wanita sebenarnya setanding bahkan ada masanya lebih baik berbanding lelaki sekiranya beradu secara saksama.

Idea agar temasya Olimpik turut dijadikan sukan bebas kategori jantina juga sudah mula diura-urakan gerakan sebegini. Bagaimanapun satu kisah melibatkan atlet wanita yang pernah bergelar petinju terbaik wanita dunia harus dijadikan iktibar semua.

Wanita nombor satu dalam sukan tinju tendang

lucia rijker latihan tinju

Sukan tinju kategori wanita jarang diberikan perhatian, berbanding sukan sama bagi lelaki. Ini mungkin disebabkan oleh kurangnya promosi serta pendedahan kita kepada petinju wanita.

Oleh kerana itu, hanya peminat tegar sukan tinju dan tinju tendang (kickboxing) mengetahui legenda atlet wanita dari Belanda bernama Lucia Rijker yang pernah digelar 'atlet paling berbahaya dalam sukan di dunia.'

Rijker lahir pada bulan Disember 1967, mula berlatih dalam beberapa jenis sukan sejak usia kanak-kanak seperti bola lisut, judo dan lawan pedang; sehingga bergelar juara peringkat kebangsaan.

Bagaimanapun minat beliau mula beralih arah ke sukan tempur pada usia belasan tahun. Rijker mula mempelajari seni bela diri dan pertempuran ketika mencecah usia 14 tahun, melatih dirinya untuk menjadi seorang petinju sukan tinju tendang yang berjaya.

Nama Rijker mula disebut-sebut selepas satu perlawanan yang berlangsung pada 15 Januari 1984.

Dalam perlawanan keenam karier Rijker yang baru saja hendak bertatih, dia berjaya menumpaskan juara bertahan tinju tendang Amerika Syarikat ketika itu Lily Rodriguez, hanya dalam masa 30 saat pada pusingan pertama.

Setahun kemudian pada usia 16 tahun, Rijker mengambil keputusan untuk menjadi seorang atlet tinju tendang profesional dan namanya mula digeruni pesaing.

Tiada lagi pencabar sejantina dalam sukan tinju

lucia rijker juara kickboxing

Dalam tempoh 10 tahun Rijker mula mengungguli satu per satu kejuaraan yang ada. Sebut saja apa saja kejuaraan sukan tinju tendang wanita dunia, Rijker-lah juaranya.

Memegang rekod 37 kemenangan, satu seri dan tidak pernah kalah secara profesional, tidak ada petinju wanita lain yang dapat bertempur dan bertahan dengan beliau dalam gelanggang. Dipuncak kerjaya, Rijker memegang 4 kejuaraan dunia serentak serta seringkali menang dengan keputusan TKO.

Situasi ini membuatkan Rijker dan pengurusannya mencari cabaran baru yang mampu benar-benar menguji kekuatan Rijker. Pihak pengurusan sukan tinju tendang Eropah mencadangkan agar Rijker mengadakan perlawanan pertunjukan.

Bezanya kali ini, Rijker akan berhadapan dengan seorang petinju lelaki. Nama seorang petinju berasal dari Thailand, iaitu Somchai Jaidee yang memegang kewarganegaraan New Zealand disebut-sebut sebagai pencabarnya.

Jaidee adalah seorang atlet amatur yang cuba mencipta nama, terpilih berikutan beratnya yang sepadan dengan Rijker yang dikatakan akan menyeimbangkan pertarungan dan peluang sama rata antara kedua-duanya.

Rijker bersetuju dengan tawaran tersebut, apatah lagi ketika itu dia berada dipuncak prestasi. Pasti dia menang mudah.

Rekod tanpa kalah lebur kepada petinju lelaki tidak ternama

lucia rijker vs somchai jaidee ko

Dilangsungkan di Amsterdam, Belanda negara kelahirannya pada tanggal 15 Oktober 1994, Rijker turun dengan reputasi gah tidak pernah ditewaskan mana-mana pesaing sebelum itu serta atlet terbaik dunia.

Bagaimanapun malang bagi Rijker, perlawanan itu hanya sempat berlangsung selama dua pusingan, menyaksikan Jaidee mudah menumbangkan Rijker yang mencuba sedaya upaya mungkin menjatuhkan lawannya.

Ada ketikanya Jaidee dilihat seakan-akan sengaja membiarkan dirinya menerima pukulan, bagi memahami kekuatan wanita tersebut.

Wanita paling hebat, paling gagah, paling ternama di dunia dalam sukan tinju tempur wanita tewas mudah secara KO kepada petinju tidak dikenali yang baru bertarung 14 perlawanan, membuatkan pihak-pihak yang giat mempromosikan acara tersebut tergamam kerana menyangkakan Rijker berkemampuan untuk menang.

Seluruh dewan pertandingan senyap ketika Rijker tumbang buat kali pertama dalam kariernya.

Menukar karier kepada sukan berbeza

lucia rijker boxing tinju wanita

Tidak diketahui apakah kesan kekalahan itu terhadap psikologi Rijker, terpaksa menelan realiti tahap persaingan yang biasa dihadapnya jauh berbeza berbanding perlawanan pertunjukan yang disertai.

Selepas perlawanan itu, Rijker berpindah ke Los Angeles bagi memulakan kerjaya sebagai seorang petinju (boxing). Dia kembali membina reputasi dengan menyertai perlawanan pertama sebagai seorang petinju profesional pada bulan Mac tahun 1993, menang dengan KO dalam pusingan pertama.

Untuk tempoh 8 tahun kemudian Rijker terus giat menyertai perlawanan demi perlawanan, mengekalkan rekod tanpa kalahnya dalam kesemua 17 perlawanan tinju disertai; 14 daripada pesaingnya tumbang secara TKO sehinggalah Rijker bergelar juara dunia bagi kategori welterweight wanita.

Kali terakhir Rijker bertarung di atas gelanggang adalah pada bulan Mei tahun 2004, sebelum kecederaan memaksa dia mengundurkan diri dari beberapa perlawanan besar yang dirancang. Rijker cuba mengekalkan kondisi tubuhnya namun menyedari karier beliau sebagai seorang atlet tinju dan tinju tendang telah berakhir.

Beliau mula bergelar jurulatih, pernah melatih juara wanita sukan UFC yang cukup popular, Ronda Rousey serta ramai lagi atlet tinju muda yang mahu mencipta nama sepertinya.

prazak rousey ufc 193

Rijker (kanan sekali) dan anak didiknya Ronda Rousey di sebelahnya

Walaupun tewas satu perlawanan itu, sehingga kini banyak pihak memuji keberanian Rijker menyahut cabaran berdepan petinju lelaki.

Namun malangnya perlawanan itu juga membuktikan wujudnya jurang besar kekuatan seorang lelaki dan seorang wanita sekiranya kedua-duanya bersaing secara sama rata.

Jika benar anda mahu sukan antarabangsa dipertandingkan secara terbuka, ingatlah semula kisah Lucia Rijker yang berani menerima tawaran bertarung dengan petinju bukan sejantinanya ketika bergelar juara dunia....

Tetapi akhirnya ditumbangkan mudah lawan lelaki tidak ternama.




Hakcipta iluminasi.com (2017)