Oleh pada 10 May 2017 kategori

muslim sleep

Wanita, memerlukan tidur yang lebih berbanding lelaki oleh kerana otak mereka yang 'kompleks', menurut sebuah kajian oleh neurosaintis, Jim Horne. Wanita memerlukan tidur 20 minit lebih berbanding lelaki kerana otak mereka bekerja lebih keras pada waktu siang.

Menurut Jim Horne, wanita lebih cenderung untuk 'multitasking' berbanding lelaki. Penulis agak bersetuju dengan kenyataan ini. Mana tidaknya, jika anda bayangkan seorang wanita itu adalah juga seorang ibu, seawal pagi lagi mereka sudah bekerja. Ketika suami masih lagi tidur, si isteri sambil menyiapkan anak-anak untuk ke sekolah, mereka juga membuat sarapan untuk suami.

aquila style wp multitasking mum

Sesudah itu mereka akan melakukan kerja-kerja rumah seperti membasuh baju sambil mengemas rumah, memasak dan banyak lagi. Itu tidak termasuk menguruskan bayi atau anak kecil lagi, yang sememangnya tugas yang sangat mencabar. Dan jika anda seorang suri rumah, anda pasti akan setuju dengan ini. Belum sempat mereka mempunyai masa untuk menguruskan diri sendiri, datang lagi pelbagai kerja dan masalah.

Kerja-kerja multitasking membuatkan otak wanita perlu bekerja lebih keras lebih daripada otak lelaki dan ini menyebabkan otak mereka menjadi terlalu letih. Apabila otak menjadi letih, ia memerlukan masa yang lebih lama untuk pulih, berbanding otak yang kurang letih. Jadi mereka memerlukan tidur yang lebih.

article 2138202 12de3373000005dc 212 634x610

"Salah satu daripada fungsi tidur adalah untuk membenarkan otak kita untuk pulih dari keletihan, dan membaiki fungsi otak. Ketika tidur, korteks, bahagian yang bertanggungjawab mengawal memori dan lain-lain akan berhenti bekerja dan masuk ke mod pemulihan,"


- Jim Horne, Direktor di Sleep Research Centre (Loughborough University)

sleep brain

Tambahnya lagi, jika di siang hari anda menggunakan otak dengan lebih untuk bekerja, maka anda memerlukan tidur yang lebih di malam hari. Dan walaupun bagi lelaki, jika mereka bekerja keras menggunakan otak mereka, mereka juga memerlukan tidur yang lebih. Tetapi disebabkan wanita biasanya bekerja menggunakan otak lebih daripada lelaki, sebab itu mereka memerlukan tidur yang lebih. 

Menurut kajian itu juga, 18% daripada wanita menderita daripada kekurangan tidur, berbanding hanya 8% sahaja bagi lelaki. Selain itu, kekurangan tidur dalam kalangan wanita juga dikaitkan dengan beberapa kesan sampingan. Antaranya adalah pertambahan kadar tekanan psikologi dan perasaan kurang senang, kemurungan, dan kemarahan. Semua masalah ini didapati pada wanita yang tidurnya tidak cukup dan menentu, namun tidak pada lelaki.

maxresdefault 1

Jadi, para wanita dan ibu, pastikan anda mendapat tidur yang cukup dan berkualiti. Anda telah bekerja keras sepanjang hari memastikan keluarga anda mendapat apa yang diperlukan, jadi anda berhak untuk mendapatkan rehat yang secukupnya. Dan bagi para lelaki dan suami, bertimbang rasalah sedikit jika isteri anda memerlukan tidur yang lebih lama, kerana mereka telah berkorban untuk anda.

Sayangilah wanita.

Sumber :

1. Business Insider

2. National Sleep Foundation

3. Independent


tags : , , , , ,



Hakcipta iluminasi.com (2017)