Perubatan merupakan bidang yang sering berkembang dan berevolusi mengikut peredaran zaman. Pelbagai penemuan baru yang dilaporkan ditemui saban hari. Walaupun begitu, terdapat beberapa penemuan perubatan yang berjaya mengubah dunia dan pemikiran manusia buat selama-lamanya.

Penyelidikan perubatan juga telah banyak menemui kejayaan sehingga beberapa penyakit berbahaya dapat dikawal, penyakit yang serius menjadi biasa dan sebagainya. Jadi, anda beruntung kerana hidup dalam abad ke-21 dengan pelbagai kemodenan bidang perubatan ini. Mari kita lihat senarai 10 penemuan perubatan paling penting sepanjang zaman:

BESARKAN TEKS     A-  A+

10. Anestesia

ubat pelali

Tahukah anda bagaimana pembedahan dilakukan pada tahun 1800? Pembedahan dan semua potongan dilakukan di atas meja di mana pesakit hanya menggigit sebatang kayu untuk menahan diri daripada menjerit. Anda mungkin akan menggigil ketakutan jika menyaksikannya. Namun begitu, penghujung abad ke-19 menyaksikan penemuan anestesia yang memberikan rasa kebas kepada pesakit.

Pada awalnya, anestesia menggunakan dadah kokain dan mula ditemui oleh Karl Koller. Ia sememangnya bahan yang boleh membuatkan rasa kebas. Namun begitu, bahan ini terkawal kerana menyebabkan ketagihan dan sering disalah guna. Pada masa yang sama, kloroform juga digunakan sebagai bahan pengebas dan mengurangkan kesakitan namun ianya juga mempunyai kesan sampingan yang memudaratkan. Hari ini dengan kemodenan perubatan kita sudahpun mempunyai anestesia yang lebih berkesan dan selamat digunakan. (sumber)

9. Kawalan kehamilan 

kawalan kehamilan

Salah satu perubahan besar yang terjadi pada kurun ke-19 ialah penurunan kadar kelahiran dan orang semakin memilih untuk memiliki keluarga yang kecil. Di United Kingdom misalnya, kadar kelahiran ialah sebanyak 35.5/1,000 orang pada tahun 1870 dan merudum kepada 29/1,000 orang pada tahun 1900. Ini disebabkan pendedahan kepada maklumat berkaitan hubungan kelamin dan kehamilan, di samping kaedah yang lebih moden dalam mengawal kelahiran.

Di Amerika Syarikat pula gerakan kawalan kehamilan bermula beberapa tahun kemudian, apabila sebuah kumpulan yang diketuai oleh Emma Goodman memberi kesedaran kepada golongan wanita tentang persepsi mereka bagi mengelakkan kehamilan tidak diingini. Kempen mereka berjaya menyebabkan Kementerian Perancangan Keluarga Amerika Syarikat ditubuhkan pada 1942. Namun demikian, program mengawal kehamilan ini mendapat tentangan pelbagai kumpulan agama kerana wanita sudah boleh melakukan hubungan seks tanpa menghiraukan risiko hamil lagi.

8. Suntikan vaksin MMR 

mmr

Salah satu lagi penemuan yang mencetuskan kontroversi ialah suntikan vaksin MMR. Ia merupakan gabungan vaksin Measles (cacar), Mumps (tiroid) dan Rubella. Ia telah dilesenkan oleh Maurice Hilleman pada tahun 1971 dan menunjukkan perubahan ketara penurunan kes cacar yang dilaporkan daripada ratusan ribu kes pada tahun 60-an (450,000 kes pada 1966) kepada beberapa ribu sahaja menjelang 80-an.

Kontroversi mengenainya timbul pada 1998 apabila Andrew Wakefield dibayar oleh peguam untuk menjatuhkan MMR. Dia telah berjaya melakukannya dengan menerbitkan artikel akhbar dan mengatakan terdapat kaitan antara vaksin MMR dan autisme. Kajian mengenai MMR telah dihentikan dan apa yang lebih menyedihkan ialah penyakit yang diisytihar telah dihapuskan muncul kembali di Amerika. Sama seperti di UK, kes cacar dilaporkan hanya 56 kes pada tahun 1998 dan melonjak naik menjadi 1,348 kes pada 2008. Terdapat juga suatu wabak berjangkit yang menular di UK pada 2013. Ketika itu, penggunaan MMR telah kembali meningkat dan tidak diragui lagi ia merupakan satu penemuan dunia perubatan yang penting sehingga ke hari ini. (sumber)

7. X-Ray 

xray

Prosedur perubatan ini terlalu biasa dibuat hingga kita sering terlepas pandang akan kepentingannya, namun tahukah anda X-Ray merupakan suatu penemuan yang tidak disengajakan? Penciptanya iaitu Wilhelm Conrad Röntgen secara tidak sengaja telah mendapat tahu bahawa kotak tiub katodnya boleh menghasilkan imej yang unik pada 8 November 1895. Seminggu kemudian, dia telah melakukan imbasan pada tangan isterinya pula dan hasilnya kelihatan sama seperti imbasan X-Ray sekarang.

Dia menamakan penemuan baru itu sebagai X-Ray di mana "X" itu bermaksud “tidak diketahui." Walau bagaimanapun, ia lebih dikenali sebagai "Imbasan Röntgen" di negara asalnya iaitu Jerman. Röntgen telah dianugerahkan Hadiah Nobel yang pertama pada tahun 1901 kerana ciptaannya ini sangat berguna sehinggakan ia masih digunakan di setiap hospital di seluruh dunia.

6. Insulin

Ini pula merupakan rekaan genius yang digunakan secara harian oleh pesakit kencing manis. Insulin merupakan hormon penyelamat yang membuatkan gula di dalam darah menjadi terkawal. Pesakit diabetes mungkin kehilangan hormon ini secara menyeluruh, terutamanya bagi penghidap diabetes tahap 1. Ada juga kes penghidap diabetes tahap 2 di mana insulin dihasilkan oleh tubuh namun tidak diterima oleh sistem badan.

diabetes suntikan insulin perubatan

Hasil ciptaan saintis dari Universiti Toronto pada tahun 1921 ini mula digunakan setahun kemudian oleh seorang budak lelaki berusia 14 tahun bernama Leonard Thompson. Leonard menjadi manusia pertama yang menerima suntikan insulin tiruan ini setelah hampir koma akibat diabetes. Dia kembali pulih dengan suntikan kedua dan berjaya hidup untuk 13 tahun lagi. Sukar untuk diterima akal, namun pesakit diabetes kini mampu hidup seperti orang lain dengan adanya insulin. Walaupun diabetes tahap 1 tidak mempunyai sebarang penawar namun risiko dan komplikasi dapat dibendung menggunakan insulin.

5. IVF

ivf 182

Rawatan kesuburan In-vitro atau IVF (in-vitro fertilization) adalah salah satu cara untuk menghasilkan kehamilan bagi mereka yang kurang subur. Sejarah penciptaannya bermula sejak tahun 1950-an lagi namun pada tahun 1978 barulah bayi pertama yang disenyawakan menerusi IVF ini dilahirkan.

Kecanggihan sains yang dilihat sebagai mengubah kehamilan semula jadi ini juga menimbulkan kontroversi dan menerima tentangan hebat Gereja Katolik. Selain menentang proses 'tiruan' itu, ahli agama tidak bersetuju kerana pasangan yang menerima rawatan IVF kini boleh memilih jantina anak yang belum disenyawakan dan sebagainya. Walau bagaimanapun, bagi mereka yang kurang bernasib baik dan sukar mempunyai anak, IVF dilihat sebagai satu keajaiban dan patut dikenali sebagai satu penemuan terhebat dalam sejarah perubatan.

4. Teori Kuman

kuman

Penemuan bakteria pada tahun 1660-an merupakan salah satu peristiwa penting di dalam sejarah perubatan dan telah mengubah cara kita berfikir. Pada zaman sebelum itu, para pesakit dinasihatkan agar membawa bersama benda yang berbau busuk, bertujuan menghalau “udara kotor” atau miasma - zarah yang terhasil daripada benda mereput yang berada dalam udara dan menyebabkan penyakit.

Bakteria ditemui buat pertama kali oleh Anton van Leeuwenhoek, seorang saudagar kain dari Belanda yang cuba melihat jalinan kain-kainnya menerusi kanta pembesar. Setelah itu, kewujudan mikroorganisma ini diketahui selama hampir dua abad namun tiada siapa yang boleh mengaitkannya sebagai punca penyakit.

john snow bakteria wabak kolera

Walaupun ia juga ditemui oleh beberapa saintis dan ahli mikrobiologi lain, penemuan terbesar ialah pada tahun 1854 apabila Dr. John Snow telah berjaya mengaitkan wabak kolera berpunca dari paip air tertentu di Broad Street, London. Setelah mengasingkan punca penyakit, beliau kemudian menyedari bahawa air di situ yang menjadi punca penyebaran wabak, hasil pembuangan lampin bayi yang berleluasa dan mengandungi wabak kolera ini. Akan tetapi penemuan ini ditolak oleh pihak kerajaan pada masa itu kerana dikhuatiri rakyat menjadi panik berpandukan teori dari Snow sahaja. Beberapa tahun kemudian, Loius Pasteur pula berjaya membuktikan teori kuman ini di makmal dan berjaya membuktikan teori John Snow itu benar. (sumber)

3. Penicillin

penincillin

Penicillin ialah bahan antibiotik pertama dan paling banyak digunakan dalam dunia. Ia ditemui oleh Alexander Fleming pada tahun 1928, itupun secara tidak sengaja apabila dia meninggalkan bahan uji kajinya daripada bercuti pada musim panas. Apabila Fleming kembali ke makmal, beliau mendapati bekas-bekas bahan kajiannya telah dipenuhi bakteria Staphylococcus aureus kecuali satu bekas yang mengandungi penicillium notatum. 

Setelah mendapat tahu bahan ini boleh melawan hampir kebanyakan bakteria yang menjangkiti manusia, Fleming kemudian mengasingkan bahan penicillin itu dan memulakan proses pembiakan dalam bentuk cecair. Kini, ubat antibiotik ini banyak digunakan untuk merawat pelbagai jangkitan dan virus. (sumber)

2. Vaksinasi cacar 

cacar

Suatu masa dahulu, cacar merupakan perkara yang sangat ditakuti dan telah membunuh lebih jutaan orang yang menghidapnya. Namun kerana penemuan vaksinasi ini, ia telah berjaya menghapuskan demam cacar yang berbahaya. Kes terakhir cacar dilaporkan ialah pada tahun 1977 namun mengikut statistik seluruh dunia pada abad ke-20, jumlah kematian akibat wabak ini mencecah 30 juta orang.

Demam cacar juga telah membunuh ribuan ahli koloni apabila koloni penjajah datang dan menyebarkannya kepada penduduk asli. Vaksin cacar atau smallpox ini ditemui oleh Edward Jenner pada tahun 1796, apabila dia mendapat tahu wanita yang bekerja sebagai pemerah susu lembu imun terhadap cacar. Beliau kemudian bertemu dengan seorang wanita pemerah susu lembu yang baru sahaja sembuh penyakit cacar air atau dikenali sebagai cowpox. Jenner telah menginokulasi cacar air ini dari luka di tangan wanita itu dan menggunakannya sebagai vaksin kepada seorang budak lelaki berusia 8 tahun. Dari situlah ia menjadi satu pencapaian hebat di dalam sejarah perubatan sekali gus menyelamatkan jutaan nyawa. (sumber)

1. DNA

dna

Walaupun semua penemuan di dalam senarai ini amat menakjubkan, namun ada satu lagi penemuan hebat yang menceritakan tentang siapakah diri kita sebenarnya dan itulah DNA. DNA yang merupakan singkatan bagi Deoxyribonucleic acid menceritakan segalanya mengenai genetik manusia dari warna mata sehinggalah kepada penyakit keturunan.

DNA juga memainkan peranan penting dalam rawatan IVF, penyiasatan forensik dan banyak lagi bidang lain. Penemuan DNA pada tahun 1953 adalah hasil kerja ramai pakar. Francis Crick dan James Watson merupakan antara penyelidik yang mula menemui DNA model dwi-helix yang sangat terkenal dan diiktiraf dengan penerimaan anugerah Hadiah Nobel pada tahun 1962 atas kejayaan mereka itu. (sumber)




Hakcipta iluminasi.com (2017)