Otak manusia adalah pusat pentadbiran untuk sistem saraf manusia. Ia menerima input dari organ deria dan menghantar output ke otot.

Ia mempunyai struktur asas yang sama seperti otak mamalia lain, tetapi lebih besar berbanding dengan saiz badan daripada otak lain.

iluminasi.com kongsikan 12 fakta menarik mengenai otak manusia.

fakta menarik mengenai otak manusia 3

BESARKAN TEKS     A-  A+

1. Otak anda menjana kira-kira 12 hingga 25 watt arus elektrik yang mana cukup untuk menghidupkan mentol lampu LED rendah watt.

2. Alkohol tidak membuatkan anda terlupa. Apabila anda tidak sedarkan diri disebabkan alkohol, otak anda akan hilang keupayaan untuk menghasilkan ingatan buat sementara waktu.

fakta menarik mengenai otak manusia 4

3. Jetlag yang terlalu kerap boleh merosakkan ingatan. Hormon tekanan yang dihasilkan ketika jet lag mampu merosakkan temporal lobe dan ingatan.

4. Pembedahan otak boleh dilakukan ketika pesakit berada dalam keadaan sedar tanpa kesakitan atau tidak selesa. 

Ini disebabkan oleh otak anda tidak mempunyai reseptor sakit dan tak mampu berasa sakit.

5. Ia adalah normal untuk otak anda "mengembara" di awangan. Menurut kajian oleh Universiti Harvard, Kolej Darmouth dan Universiti Aberdeen, bahagian otak yang mengawal "pemikiran yang tak berkaitan" seperti berangan-angan berada dalam keadaan aktif ketika otak sedang berehat.

fakta menarik mengenai otak manusia 5

6. Dalam otak anda, terdapat ruang simpanan sebanyak 2,500,000 GB atau 2,500 TB manakala hard drive paling besar di dunia hanyalah 32TB. Manakala, kelajuan terendah di mana maklumat melalui otak anda adalah kira-kira 418 kilometer sejam.

7. Multitasking sebenarnya adalah sesuatu yang mustahil. Ketika anda rasa anda sedang multitasking, anda sebenarnya dalam keadaan "context-switching".

Ia bermaksud anda dengan pantasnya bertukar dari satu ke satu tugas, dan bukannya melakukan pada masa yang sama.

fakta menarik mengenai otak manusia 6

8. Kebanyakan saintis mendakwa bahawa tiada bukti yang menunjukkan memainkan muzik klasikal kepada bayi dapat meningkatkan kekuatan fikiran mereka. 

Namun, kanak-kanak yang belajar peralatan muzik dapat mengembangkan kemahiran mental mereka lebih jauh daripada mereka yang tidak belajar alat muzik.

9. Otak orang dewasa adalah seberat 1.5 kilogram. Walaupun berat ini hanyalah kira-kira 2% daripada berat badan tetapi ia menggunakan 20% daripada tenaga anda dan 25% daripada jumlah glukosa.

fakta menarik mengenai otak manusia

10. Jika anda hamparkan keseluruhan saluran darah dalam otak anda dari hujung ke hujung, anda mampu sampai separuh perjalanan ke bulan iaitu kira-kira 193,121 kilometer. 

11. Membaca dengan lantang mampu menggalakkan perkembangan otak. Ia merupakan satu fakta pelik mengenai otak kerana biasanya kita mengajar anak-anak untuk membaca dan bercakap dengan sopan.

Tapi untuk menggalakkan perkembangan otak anak anda, anda harus membaca dan bercakap dengan kuat di hadapan mereka.

12. Walaupun otak merupakan litar yang sangat kompleks, namun ia amat fleksibel. Jika anda melakukan sesuatu perkara dengan kerap, otak anda akan biasakan diri dengan perkara itu. Malah, masalah mental juga mampu mengubah otak anda. 

Mereka yang mengalami kemurungan mempunyai amygdala lebih besar daripada manusia normal.

Rujukan:

1. Inc

2. livescience




Hakcipta iluminasi.com (2017)