Di Jepun, terdapat beberapa kawasan perkampungan yang menjadi tumpuan pelancongan kerana kehadiran populasi haiwan yang mendiami kawasan tersebut. Contohnya, Pulau Okunoshima yang menjadi kawasan perkampungan arnab.

Selain itu, terdapat juga kawasan perkampungan kucing yang menjadi tumpuan pelancongan seperti Pulau Enoshima dan Pulau Tashiro-jima. Kawasan-kawasan ini menjadi tumpuan pelancong yang meminati haiwan ini dan dapat melihat haiwan ini hidup bebas dalam jumlah yang banyak.

BESARKAN TEKS     A-  A+

perkampungan musang

Berbanding kucing dan arnab, musang bukanlah sejenis haiwan yang biasanya dijadikan haiwan peliharaan. Hal ini adalah disebabkan sifat haiwan ini sendiri yang merbahaya dan boleh mencederakan musuh. Menariknya di Jepun terdapat sebuah perkampungan musang iaitu Zao Kitsune Mura.

Kawasan ini terletak di kawasan pergunungan berdekatan pekan Shiroishi. Di kampung ini, terdapat lebih 100 ekor musang yang hidup bebas dan begitu mesra dengan manusia. Disini terdapat 6 spesis musang dimana kebanyakannya bukanlah spesis tempatan.

Kawasan tumpuan pelancong

sangkar musang

Menyedari potensi kawasan ini sebagai kawasan tumpuan pelancong, ianya telah dipelihara dan dibangunkan untuk tujuan pelancong. Setiap pelancong dikenakan bayaran masuk dan mereka boleh membeli makanan khas untuk musang yang dijual pada harga 100 yen, iaitu sekitar RM3.50.

Setiap pelancong akan diberikan taklimat mengenai perkara yang boleh dan tidak boleh dilakukan di sini. Misalnya, pelancong tidak dibenarkan untuk menyentuh musang yang diletakkan di dalam sangkar. Sekiranya hendak memberinya makan, hendaklah mencampak sahaja makanan tersebut ke dalam sangkar.

kampung musang

Setiap peraturan akan diterangkan dalam bahasa Jepun dan disertakan dengan gambar dan papan tanda bagi memudahkan pelancong yang tidak tahu berbahasa Jepun memahami apa yang disampaikan. Bahagian pertama di perkampungan ini kelihatan seperti zoo dimana musang-musang ini diletakkan dalam sangkar khas.

Kemudian, terdapat satu pintu khas yang membolehkan pelancong menuju ke satu kawasan dimana musang-musang ini dapat dilihat hidup bebas dan boleh didekati. Kebiasaannya ada antaranya yang akan datang menghampiri pelancong untuk meminta makanan. 

zoo musang

Walau bagaimanapun, tidak semua musang disini jinak dan selesa didekati manusia. Ada antaranya yang akan melarikan diri apabila didekati. Tidak seperti kucing dan arnab yang secara kebiasaannya jinak, musang pula lebih liar dan mampu menyerang manusia. 

Sebab kemunculan populasi musang

musang api jepun

Kemunculan populasi musang yang banyak ini dikatakan kerana pada waktu dahulu, musang-musang ini telah dibawa masuk oleh pelayar dan pendatang Barat bagi mengawal populasi tikus yang terlalu banyak di kawasan ini.

Lama-kelamaan, musang-musang ini terus membiak sehingga jumlahnya tidak lagi terkawal. Bagi masyarakat setempat pula, kehadiran musang-musang ini umpama penyeri bagi kampung mereka dan penarik bagi menarik lebih ramai orang luar datang melihat haiwan yang comel ini.

Selain itu, orang Jepun juga mempunyai kepercayaan nenek moyang bahawa musang dianggap haiwan mulia dan perutusan bagi Inari, iaitu Dewi Kesuburan. Bagi masyarakat Jepun, musang dianggap sebagai haiwan yang bijak. Berikut merupakan antara video dokumentari ringkas mengenai kawasan perkampungan musang ini.

Kredit:

  1. Japan Travel
  2. Trip Advisor
  3. WikiPedia
  4. Daily Mail



Hakcipta iluminasi.com (2017)