Kredit foto: Instagram Nourul Wahab

Penyanyi Nourul Wahab melalui kejadian mengerikan apabila nyaris dihempap pintu masuk di tapak projek pembinaan kondominium mewah di Kuala Lumpur.

“Alhamdulillah saya masih hidup. Tidak dapat saya bayangkan bagaimana anak-anak akan membesar tanpa ibu mereka,” katanya.

Dek kerana tidak memegang pintu masuk terbabit dengan baik, tiga pekerja asing terlepas ia sebelum tumbang dan rebah di hadapan Nourul.

"Seorang daripadanya sibuk memandang saya melintas jalan.

"Pintu besar yang berat ini hanya dipegang oleh ketiga-tiga mereka lalu tumbang di atas jalan betul-betul depan saya dalam setengah meter.

"Terima kasih kerana menyelamatkan dan melindungi saya, Allah," ulasnya di Instagram. 

 

Kongsi penyanyi yang pernah dikenali menerusi lagu Cinta Azali ini, sewaktu kejadian dia sedang berjalan kaki menuju ke sebuah bangunan yang terletak berdekatan dengan tapak pembinaan itu, tidak jauh dari rumahnya iaitu di kawasan Bukit Ceylon, Kuala Lumpur.

Nourul turut menyertakan foto individu warga asing yang dimaksudkannya.

Tambah Nourul, dia sudah lama terganggu dengan pembinaan projek itu kerana sering membuat bising hingga mengganggu ketenteraman penduduk di sekitar.

Beliau bertanya untuk apa lagi projek sedemikian diadakan apabila bandar raya Kuala Lumpur sudah dipenuhi dengan bangunan yang kebanyakannya juga tidak berpenghuni.

"Memang kami tak puas hati pun dengan projek ini. Buat bising setiap hari, tak kira malam siang, awal pagi.

"Dan pada waktu sama siapa perlukan bangunan banyak-banyak dekat Kuala Lumpur ini? Siapa nak duduk lagi? Bangunan yang dah ada ni pun tak penuh," katanya.




Hakcipta iluminasi.com (2017)