Kredit foto: @budak.tadika

     

Menjadi seorang pendidik ternyata bukanlah sebuah pekerjaan yang mudah.

Tidak hanya memerlukan ilmu pengetahuan dalam sesebuah subjek mata pelajaran, ia juga menuntut perasaan cinta terhadap golongan kanak-kanak dan remaja, selain sikap dedikasi serta komitmen yang tinggi.

Pekerjaan guru boleh dikatakan amat bersesuaian kepada mereka yang gemar bersosial dan membantu insan lain.

Bersempena dengan tarikh 16 Mei yang merupakan hari penghargaan kepada insan bergelar cikgu, penulis ingin kongsikan kepada anda senarai empat orang selebriti wanita Malaysia yang pernah memegang peranan sebagai guru sebelum menempuhi dunia glamor.

    

datuk seri vida

Kredit foto: Instagram Datuk Seri Vida

    

Datuk Seri Vida (DSV)

Barangkali ada yang masih belum tahu bahawa usahawan selebriti popular ini pernah berkhidmat sebagai seorang guru sekolah dalam tempoh 12 tahun! Lama bukan? Yang pasti karakter Vida yang kelakar dan bersahaja barangkali telah menjadi penghibur buat murid-muridnya.

       

adibah noor

Kredit foto: Instagram Adibah Noor

   

Adibah Noor

Adibah yang merupakan artis serba boleh ini pernah menjawat tugasan pendidik sekitar tahun 1993. Beliau juga adalah guru bagi mata pelajaran bahasa Inggeris di Sekolah Menengah Taman Datuk Keramat, Kuala Lumpur.

   

lisa surihani 987

Kredit foto: Instagram Lisa Surihani

   

Lisa Surihani

Lisa juga antara yang tidak ketinggalan memainkan peranan sebagai cikgu walaupun hanya sebagai guru sandaran sewaktu mengajar di sebuah sekolah yang terletak di Kuala Lumpur.

Dilaporkan, isteri kepada penyanyi Yusry Abdul Halim ini menjayakan karier berkenaan sekitar tahun 2003.

    

Baca: Biodata Pelakon Lisa Surihani

   

puteri aishah

Kredit foto: Instagram Puteri Aishah

   

Puteri Aishah

Pelakon comel ini pernah menjadi tular sekitar tahun 2015 sebelum mendapat peluang berkecimpung dalam bidang seni.

Ketika itu, beliau yang mendapat pendidikan dalam bidang Pendidikan Bahasa Inggeris sebagai Bahasa Kedua (TESL), membuat latihan praktikal sebagai guru di sebuah sekolah dan viral dengan nama 'Cikgu Aishah'.

   

Baca: Biodata Pelakon Puteri Aishah

    

Sumber berita: Selamat Hari Guru... Rupa-Rupanya, 4 Selebriti Wanita Ini Pernah Bergelar Cikgu!

    




Hakcipta iluminasi.com (2017)