Oleh pada 06 Nov 2017 kategori

Apabila anda berfikir tentang elektrik, siapakah nama-nama terkenal yang terpancul di fikiran anda. Semestinya nama Thomas Edison akan bermain difikiran anda. Tetapi bagaimana pula dengan nama Nikola Tesla, adakah anda mengenalinya? 

Nikola Tesla mungkin pencipta yang paling berpengaruh dan produktif yang anda tidak pernah dengar. Tesla dilahirkan pada 1856 di Croatia dan berhijrah ke Amerika Syarikat pada tahun 1884. Latar belakangnya dalam bidang kejuruteraan mekanikal dan elektrikal menyebabkan ia dapat bekerja bersama Thomas Edison di ibu pejabatnya di Manhattan.

BESARKAN TEKS     A-  A+

nikola tesla pencipta elektrik arus ulang alik

Tesla membantu Edison memperbaiki beberapa ciptaannya termasuk motor arus terus (DC). Banyak bahan sejarah menceritakan kisah Edison yang menawarkan Tesla sebanyak $ 50,000 yang dianggarkan melebihi $ 1 juta dolar pada waktu ini untuk Tesla mereka bentuk motor DC dengan lebih baik. Tesla menghasilkan satu dan didakwa semata-mata mahu mendapatkan wang itu tetapi Edison mendakwa dia hanya bergurau. Disebabkan oleh kejadian tersebut maka hubungan antara Tesla dan Edison berakhir selepas itu.

nikola tesla dan thomas edison pernah berkerjasama untuk pembangunan elektrikal

Selepas berpisah dengan Edison, Tesla cuba mula menubuhkan syarikat yang hanya fokus pada kejuruteraan elektrik. Beliau berjaya membawa satu inovasi dengan penambahbaikan kepada teknologi arus ulang alik (AC) dan dikongsikan kepada seorang ahli perniagaan dan jurutera  iaitu George Westinghouse. George menerima pandangan Tesla terhadap teknologi AC yang boleh membantu menyelesaikan masalah bagaimana untuk menghantar kuasa elektrik menerusi jarak jauh.

nikola tesla bersama dengan hasil ciptaanya iaitu gegelung tesla

Tesla terkenal didalam  bidang kejuruteraan elektrik untuk penghasilan teknologi AC dan pembangunan motor AC. Pandangan Tesla akhirnya  membantu George memenangi "Battle of the Currents" terhadap sistem DC Edison dan kuasa AC kekal sebagai standard penghantaran jarak jauh di seluruh dunia.

perbezaan antar sistem dc dan ac

Tesla adalah seorang pencipta yang produktif sepanjang hayatnya. Beliau berjaya memperoleh hampir 300 paten di seluruh dunia untuk reka bentuk dan ideanya. Malangnya, beliau tidak pernah dapat menghasilkan kekayaan dengan sifat genius saintifiknya.

gegelung tesla yang dihasilkan oleh nikola tesla telah dipatenkan

Beberapa penemuan dan inovasi lain Tesla termasuklah pengubah voltan arus tinggi yang kini dikenali sebagai gegelung Tesla, pengayun elektrik, penjana, meter, motor induksi, teknologi radar, lampu yang lebih baik, sinaran X(x-ray), komunikasi radio, teknologi kawalan jauh yang menggunakan isyarat radio dan medan magnet berputar yang menjadi asas kepada kebanyakan jentera AC.

nikola tesla pencipta elektrik yang terhebat

Tesla meninggal dunia di New York City pada tahun 1943. Dikhabarkan juga bahawa Tesla telah berjaya mencipta elektrikal percuma tanpa wayar namun ciptaannya tersebut terus ditolak disebabkan syarikat tidak boleh mengaut keuntungan jika tidak meletak meter di setiap permis.




Hakcipta iluminasi.com (2017)