Afghanistan. Uzbekistan. Pakistan. Turkmenistan.

Banyak negara dalam dunia, khasnya negara-negara di Asia Tengah mempunyai nama yang berakhir dengan perkataan yang sama iaitu "~stan."

Mesti ada sebab mengapa kesemua nama negara tersebut, berakhir dengan sedemikian rupa kan? Ada.

Makna penghujung ~stan

negara bekas ussr

BESARKAN TEKS     A-  A+

Penggunaan perkataan ~stan ini dipercayai jika dituruti asal-usulnya, datang daripada budaya masyarakat Parsi satu masa dulu yang gemar meletakkan penghujung ~stan bagi merujuk kepada sesuatu yang dimiliki atau kepunyaan kaum atau bangsa tertentu.

Bagaimanapun, apabila dilakukan lebih mendalam - istilah ~stan ini sebenarnya sudah digunakan lebih awal oleh orang-orang yang menetap di kawasan Asia Tengah sebelum itu lagi.

Wujud satu istilah yang ditulis sebagai ~stanam, merujuk kepada tempat seseorang atau lokasi dimana seseorang berdiri. Perkataan ~stanam ini pula diambil daripada bahasa Proto-Indo-Eropah lama, yang berasal daripada perkataan ~sta yang membawa makna 'berdiri.'

Penggunaan ~stan pada nama negara

gadis uzbekistan

Dah faham tentang penggunaan terma ~stan pada nama negara, jom kita tengok perbezaan penggunaan istilah tersebut pada negara-negara di dunia.

Majoriti negara yang menggunakan nama yang berakhir dengan ~stan kebiasaannya datang daripada negara hasil pecahan Kesatuan Soviet, seperti Kazakhstan, Kyrgyzstan, Tajikistan, Turkmenistan dan Uzbekistan.

Bagi negara pecahan Soviet ini, nama kaum atau bangsa yang bersifat majoriti dipilih untuk digabungkan dengan perkataan ~stan; membentuk nama negara yang mewakili kaum tersebut. Ini bermakna Kazakhstan adalah negara orang Kazakh sementara Uzbekistan bermakna negara orang Uzbek.

Senang kan? Bagi negara Afghanistan mereka, nama itu digunakan dengan membawa maksud yang sama - dengan label Afghan dipilih dan ~stan digunakan bagi melambangkan tanah air mereka. Kecuali Pakistan.

Kenapa nama Pakistan berbeza?

bendera pakistan

Sementara itu, nama Pakistan pula agak unik dan berbeza berbanding dengan negara lain yang mempunyai penghujung ~stan. Negara-negara lain meletakkan nama bangsa atau kaum dan digabungkan dengan perkataan ~stan, namun Pakistan pula menggunakan nama tersebut atas sebab mereka sendiri.

Pada awalnya, nama sebenar Pakistan adalah Pakstan, hasil gabungan lima negeri terbesar di negara tersebut iaitu Punjab, Afghania, Kashmir, Sind dan Baluchistan. Huruf pertama empat negeri itu diambil kemudiannya digabungkan pangkal hujung nama Baluchistan, membentuk perkataan PAKSTAN.

Bagaimanapun, mereka mendapati cara sebutannya agak sukar. Jadi huruf I ditambahkan di antara huruf K dengan S, menjadikannya Pakistan - seterusnya memudahkan kita menyebutnya.

Suka artikel ni? Pelajari kenapa orang Iceland letak nama mereka 'Sons' atau 'Sdottir'?




Hakcipta iluminasi.com (2017)